Kujungan anda ke sini sangat di alu-alukan, Anda mungkin ingin melanggan kepada RSS feed blog ini. Terima kasih
Merujuk kepada apa yang disiarkan di dalam buletin utama beberapa hari lalu, perbelanjaan makan bagi seorang banduan penjara adalam RM30.00 dengan purata setiap sajian bernilai RM5.00 sebanyak 6 kali sehari. Untuk sebulan kerajaan menanggung kos RM900.00 bagi seorang yang bernama banduan.
Secara teori, mereka yang hidup sukar di luar terutama warga asing, membuat keputusan untuk melakukan jenayah seperti merompak, menyamun, meragut dan juga pecah rumah dengan kebarangkalian berjaya serta gagal memberikan manafaat kepada mereka, Jika berjaya mereka memperolehi wang yang banyak serta memiliki kebebasan dan ada kemungkinan akan mengulangi jenayah ini kerana sekiranya gagal mereka akan tinggal di dalam penjara, tidak perlu bersusah payah menyewa rumah, membayar bil letrik dan juga bil air dengan perbelanjaaan makanan harian secara mewah ditanggung oleh kerajaan untuk beberapa tahun.
Lalu kita mempersoalkan, matlamat penjara supaya mereka yang pernah singgah di sana betaubat nasuha agar tiada lagi untuk tinggal di sana buat kali kedua, dengan ini secara tidak langsung matlamat penjara mengurangkan kadar jenayah mencapai objektifnya.
Tetapi suasana penjara kita sebaliknya membebaskan mereka, serta memberikan ketenangan kepada mereka daripada cengkaman masalah kewangan, tak perlu berkerja keras pun mereka memperolehi makanan yang cukup lazat malahan sajian mereka lebih enak daripada mereka- mereka yang bergelar miskin yang kita saksikan di rancangan TV3, BERSAMAMU.
Selain daripada itu, kita juga mempersoalkan , apakah sumbanganmereka yang berada di dalam penjara kepada agama, bangsa dan negara sehingga mereka mendapat saraan makanan sehingga RM900.00 sebulan
Mari kena kenang semula kepada kakitangan awam lulusan SRP seperti guru tadika kemas yang berhempas pulas membanting tenaga berkhidmat kepada bangsa dan negara. berapakah gajinya?. Mereka bertungkus lumus mengajar anak bangsa supaya mengenal ABC agar ada antara mereka suatu hari nanti menjadi orang yang gemilang serta terbilang, hanya menerima gaji mereka sekitar RM500.00 sahaja (sumber internet). Setelah ditolak sewa rumah, berbelanjaan bil bulanan, berapakah perbelanjaan makanan mereka sekeluarga. Saya ulangi sekeluarga?. Dibandang dengan banduan penjara yang mendapat RM900 saraan makanan seorang.
Pada saya selayak mereka yang menghuni penjara makan nasi berlauk garam seperti mana atuk nenek kita di zaman Jepun, barulah mereka sedar akan ngerinya duduk di penjara dan dengan ini mereka baru benar- benar merasa mereka dalam proses menerima hukuman daripada kesalahan jenayah yang mereka lakukan.
Perlu diingat, penjara yang kosong kerana mereka yang pernah singgah hanya berkata cuma sekali sahaja,mengenangkan ia tempat yang paling azam tidak ubah seperti lubang neraka mencerminkan bahawa negara tersebut berjaya menyekat kadar jenayah.
Nukilan



