Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail AS untuk pergi menemui salah satu makhlukNya iaitu kerbau dan beliau bertanya pada sang kerbau apakah dia gembira telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibrail AS segera pergi menemui sang Kerbau. Di siang yang panas itu sang kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibrail
AS menghampirinya kemudian mulai bertanya kepada sang kerbau,
“hai kerbau apakah kamu gembira telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau”.
Sang kerbau menjawab, “Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, daripada aku dijadikanNya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri”.
Mendengar jawapan itu Malaikat Jibrail AS segera pergi menemui seekor kelawar.
Malaikat Jibrail AS menghampirinya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian beliau bertanya kepada sang kelawar,
“hai kelawar apakah kamu gembira telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar”.
”Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikanNya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya”, jawab sang kelawar.
Mendengar jawapan itu pun Malaikat Jibrail AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah. Malaikat Jibrail AS bertanya kepada sang cacing,
“Wahai cacing kecil apakah kamu gembira telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing”.
Sang cacing menjawab, ” Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikanNya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal soleh ketika mereka mati mereka akan diseksa selama-lamanya”.

RSS Feed
Twitter
April 11th, 2009
admin 












Posted in
Tags: 
hey!best lah ceritanya!