Terima kasih kerana setia mengunjungi blog ini. Kesetiaan anda amat dihargai.
Seminggu yang lalu nenek saudara saya tiba-tiba pengsan. Menantunya datang ke rumah memberitahu abah. Bergegaslah emak dan abah (mertua) ke rumahnya yang berada lorong yang lain tetapi secara amnya ia terletak di belakang rumah sahaja. Kelihatan telah ramai jiran tetangga menziarahi nenek.
Dalam suasana agak bising sedikit, ada tetamu yang inginkan penjelasan apa yang sebenarnya terjadi, tidak kurang juga ada yang bersembang sesama tetamu. Dan abah serta saudara mara yang lain berbincang bagaimana untuk membawa ke Hospital.
Nenek yang tadi dibaringkan terlentang, mengangkat badannya seolah-olah ada yang menolak dari belakang terus ia duduk berlunjur dan berkata
“Aku datang dari rumah mak aku meredah semak samun, tau takkkk!!!!”
Mendengar nenek yang bersuara garau dan sedikit menjerit, semua tetamu berhenti dari bersimbang dan terus menumpu pandangan ke arah nenek, Di celah keheningan suasana, ada yang memberanikan diri bertanya,
“Sapa emak engkau”
“Emak aku botaaaaak dah nak mampussssss”, ia menjerit dengan nyaring sambil mengaru-garu kepalanya.
Hampir semua tetamu yang hadir seolah-olah faham siapa yang empunya syaitan ini. Memandangkan syaitan tersebut menjawab pertanyaan, maka bertalu-talulah pertanyaan yang lain dihamburkan oleh tetamu yang hadir, semua soalan dijawab dengan nada yang menjerit disertakan dengan maki hamun.
“Pelanggan aku ramaaaaaiiii, sana, sana, sana” ia menghalakan jari telunjuknya ke semua arah”
Sebelum orang lain menanyakan soalan yang berikutnya, abah pun mencelah
“Sudahlah tu…, penat mak aji ni”
Tidak berapa lama kemudian bomoh yang dipanggil pun tiba. Semasa nenek bingkas bangun dengan mata yang merah, abah mengarahkan seseorang tetamu di situ menjemput bomoh.
Bomoh tersebut pun membuat kerja membaca ayat dan jampi serapahnya.(agaknya) Dengan mudah makhluk laknatullah itu keluar daripada badan Nenek . sebaik sahaja ia meninggalkan badan nenek ternyata nenek kelihatan amat letih sekali.
Emak menceritakan secara terperinci perihal peristiwa yang berlaku pada waktu tengah hari tadi kepada saya suami isteri, apabila kami datang menjenguk emak sesudah buletin utama di TV3.
“Mak, ingatkan lepas dia dah kena balik ilmunya, dah habis” kata saya pada emak meluahkan apa yang ada difikiran saya.
“Entah lah Di(singkatan nama yang emak panggil)”
Namun masih ada satu soalan berligar di kepala saya, berbalik kepada katanya ia mempunyai pelanggan yang ramai, kenapa ia mempunyai mangsa yang ramai. Adakah ramai antara kita telah melupakan untuk menyebut nama Allah dan apa jua urusan/ kerja kita sehari-hari serta tidak mengamalkan doa-doa harian dalam kehidupan kita sehari-hari.
Walahualam



