Kenali Sifat Hantu, Jin dan Bunian

Hantu, bunian dan Jin begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Seawal umur 4 atau 5 tahun anak bangsa kita telah tahu menyebut hantu.  Saya sendiri tidak faham kenapa perkara ini berlaku dan kenapa perlu takut dengan mereka. 

Ketika saya berumur 13 tahun dan adik lelaki bongsu saya berumur 5 tahun, ia sangat takut pada kegelapan, ia akan melompat melintasi bayang-bayang tiang. bila saya tanya kenapa perlu takut pada kegelapan, katanya ada hantu. Ini menyebabkan saya marah dan saya sering meninggalkan dan mengurungnya dalam bilik yang sengaja saya matikan pelita. Saya melakukannya ketika waktu maghrib dan Isyak ketika itu arwah abah di surau, emak selalu marah, mungkin rimas dengan tangisan adiknya meraung badak. Tetapi bila saya katakan pada emak, kita cuma ada satu ketakutan, bila kita sudah berikan pada hantu, bererti kita tidak takut pada Allah lagi, emak tak boleh kata apa-apa kerana dia sendiri yang bercerita kepada anak-anak perihal Imam Hanafi.

Oleh sebab sering terkurung dalam kegelapan, lama-kelamaan, adik saya sudah tidak takut kepada hantu lagi sehinggalah ia besar dan beberapa kali terserempak dengannya, semasa berada di asrama sekolah berasrama dan ketika balik kampung di tengah malam dan ketika berkhemah di hutan, dia buat tak faham aje menyebabkan makhluk tersebut tak berani dekat hanya sekadar mengekori aje. Mungkin terpahat di ingatannya pesanan saya ketika ia berada dalam gelap. Hantu ni umpama anjing tak lebih daripada itu, jika kita takut dan lari ia akan kejar dan jika kita berani dan perhatikan atau buat-buat tak faham aje, ia sekadar menyalak ataupun menggilai aje tak lebih daripada itu.

Pada pendapat saya,  hantu merupakan syaitan dan Jin kafir dan rajanya adalah Iblis yang bertujuan  menyesatkan anak cucu Adam seperti mana janjinya kepada Allah SWT, kerana Nabi Adamlah ia hilang kemuliaan dan tercampak daripada syurga. Mengikut buku karangan Isa Dawud, Istananya pemerintahannya berada di Bermuda Trangle tempat pertemuan arus panas dan arus sejuk.

Manakala Bunian adalah daripada keluarga Jin Islam kerana kita telah diperingatkan bahawa sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik Jin. Lalu dalam kategori manusia yang jahat di muka bumi ini ialah Yahudi dan lihat bertapa kejamnya terhadap Palestin kerana itulah dalam buku cerita perihal Bermuda Trangle, Jin Islam juga turut merasuk orang Islam. Lalu dari aspek Jin tentunya Jin yang terbaik yang kurang mengganggu manusia  ialah yang Islam kerana ajaran agama Islam menyuruh berbuat kebaikan.

Daripada yang saya belajar dari surau ke surau dan daripada buku, mereka sebenar merasa khuatir untuk menjelma di hadapan manusia kerana manusia telah Allah kurniakan Akal fikiran dan juga jika manusia tersebut membaca ayat Al-Quran khususnya ayat kursi maka mereka akan mati terbakar.  Lalu kenapa kita perlu takut kepada mereka?. Takut kepada mereka bererti berjayalah agenda mereka sedangkan takut tersebut sepatutnya ditujukan kepada Allah. Dan takut kepada Allah hanya hadir dengan berkesan jika kita banyak mengaji Al-Quran dan Ilmu. Bukankah pengertian dan maksud ulama itu sendiri adalah takut kepada Allah SWT.

Ketika kecil, rumah kami tidak mempunyai TV, rancangan panggung malam Sabtu menyiarkan cerita Melayu pada pukul 9:40 malam setelah cerita Combat. Apabila emak melihat anak- anaknya bersiap, 2 orang kakak saya memang berminat dengan rancangan TV ini, dia pasti mengajak saya kerana sayalah berada di hadapan sekali sebagai pembuka jalan dan kakak saya nombor 2 yang memegang obor api yang dibuat daripada daun kelapa kering berjalan ke rumah jiran yang mempunyai TV.  Ketika itulah emak akan bercerita macam-macam cerita .Semua anaknya berkumpul mengelilingi lampu pelita seperti mana camp fire pada masa ini. Termasuklah kisah Imam Hanafi.

Suatu hari di kota Mekah ada seorang perempuan dirasuk Jin. Lalu salah seorang jirannya datang berjumpa dengan imam Hanafi di masjid. Ketika itu imam Hanafi tengah mengadakan kuliah agama. Setelah diceritakan masalah jirannya yang dirasuk Jin, imam Hanafi menyuruh orang tersebut membawa sebelah seliparnya dan ditunjukkan kepada orang yang dirasuk tersebut. Orang tersebut kehairanan kerana biasanya bagi mengubati orang yang kena rasuk, ustaz, imam atau tabib kena hadir membacakan potongan ayat Al-Quran, namun ia tetap akur dengan membawa selipar ke rumah jirannya.

Sebaik sahaja sampai, jiran- jiran yang lain bertanya mana imam Hanafi,” dia tak hadir kerana ada kuliah dengan anak- anak muridnya tetapi dia menyuruh menunjukkan seliparnya pada perempuan kerasukan tu. “

Jiran- jiran yang lain juga turut hairan dan tercengang. Namun ia tetap melakukan seperti mana yang disarankan oleh imam Hanafi.

Sebaik sahaja Jin di dalam badan perempuan itu melihat selipar Imam Hanafi, Jin tersebut keluar daripada badan perempuan tersebut dan berkata” Imam Hanafi hamba Allah yang paling ulama, maka Allah sebaik- baik pelindungnya. Semua makhluk yang lain (selain manusia) akan takutkan kepadanya”.

Beberapa tahun kemudian imam Hanafi pun wafat. Anak muridnya yang paling cemerlang mengambil alih tugasan mengajar yang murid lain-lain. Sekali- lagi perempuan tersebut di rasuk oleh Jin. Maka jirannya pun datang menemuinya. Ia pun melaksanakan seperti mana gurunya. Namun Jin itu enggan keluar dan berkata hamba Allah ini masih belum cukup ulama lagi (masih belum betul-betul takut Allah).

Sebaik sahaja emak menyudahkan cerita saya bertanya kepadanya kenapa imam Hanafi bagi selipar dan bukanya serban ke, tasbih ke atau cincin ke. Emak Cuma sekolah setakat darjah 4 tetapi dapat menjawab dengan baik.

“Kalau ditunjukkan barang-barang lain- lain kepunyaan Imam Hanafi tidak bermaksud apa-apa kecuali memperkenalkan kepunyaan Imam Hanafi tetapi jika ditunjukkan Selipar bermaksud imam Hanafi mengarahkan keluar. Jin tersebut masuk ke dalam badan perempuan tersebut seperti masuk rumah dan apabila keluar rumah sudah tentu perlukan selipar dan selipar tersebut sebagai kiasan kepada arahan supaya keluar. (Secara simbolik. )”

Ditulis oleh

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Kenali Sifat Hantu, Jin dan Bunian”

  1. jeng2 says:

    bgus cite 2,suasana hidup same dgn saye…….teruskan dgn cite2 lein,bnyk pengajran..

  2. surie says:

    cite ni best la…saye suke cite psl org bunian ni kalo blh buatlh lbh byk lg cite psl org bunian.emm…saye ada juga dgr yg org bunian ni pun ada yg suka mnolong org yg lmh.betul ke…?

  3. bunyan says:

    katorang buniuan ni tinggal di lain alam iaitu alam ghaib.Hidup meka sama dengan kita di alam nyata ni. Meka ada kejaan, kampong, bandar serta mengguna kenderaan untuk kesana sini.Keta jenis ape ye? Volvo, honda, suzuki, kancil, proton, myvi….? Meka juga pelbagai agama. Ada juga yang baik dan ada pula yang jahat. Meka ke pasar membeli belah. Ade supermarket ke di sana? Em.. entah lah. Boleh caya kah ni!

  4. admin says:

    Dari buku Berdialog dengan Jin tulisan Isa dawud, mereka lebih maju daripada kita, mereka telah menguasai revolusi graviti dan cahaya, menghasilkan kenderaan yang tidak dikuasai graviti dengan kelajuan cahaya.
    Hanya tuhan sahaja yang tahu…..

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.