Hampir setahun yang lalu kami sekeluarga dan beberapa-berapa orang jiran tetangga mengalami sakit lutut. Bertapa sukarnya dan sakitnya dari berdiri untuk sujud dalam mengerjakan solat lima waktu. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Namun perlu digagahi demi meletakkan Allah di tempatnya, perlu disembah dan kita hanyalah hamba yang akur akan perintahnya.
Nak dikatakan sakit Gaut dan lain-lain sakit sendi tidak ada pun ciri-ciri sakit berkenaan. Malahan doktor klinik mencadangkan agar mencari perubatan alternatif iaitu berubat secara kampung. Bagi kami sekeluarga, Pak Andak menjemput bomoh banjar dari Parit 16 Sungai Panjang. Pada malam berkenaan suasana di rumah tok lagaknya seperti kenduri. Ramai suku sakat yang datang berubat. Bermula dengan mereka-mereka yang lebih tua.
Sebaik sahaja abah saya selesai berubat, dia pun mencuba dan melakonkan aksi solat seterusnya berjalan mundar-mandir. Apabila abah katakan okey bomoh tersebut meneruskan pada pesakit berikutnya.
Oleh sebab ibu saya merupakan keturunan banjar dan saya berkebolehan bercakap banjar, saya duduk di sebelah bomoh tersebut. Bertanya perihal penyakit misteri ini dan juga hal-hal lain yang melibatkan alam ghaib. Ternyata bomoh tersebut tidak lokek ilmu.
Antaranya;
Dia memiliki anak yang mendapat 5 A dalam UPSR, dia sering menyuruh anaknya membaca buku, biarpun sepintas lalu. Janji pernah membaca buku. Ketika hendak menjalankan peperiksaan, dia menyuruh anaknya membaca secara menzikirkan di dalam hati salah satu dari 99 nama Allah. Dengan izin Allah, Ingatan menjadi kuat seolah-olah buku yang telah dibaca berada di hadapan mata. Ternyata anaknya telah membuktikannya.
Dia memiliki seorang anak angkat yang berkebolehan melihat makhluk di alam ghaib. Pada mulanya anak angkatnya tidak memiliki keistimewaan ini. Apabila dia melihat anak angkatnya ini sentiasa menunaikan solat 5 waktu. Dia pun mengajar satu kaedah yang perlu diamalkan ketika hendak mandi dan disulami dengan bacaan selawat Nabi. Beberapa minggu kemudian Allah SWT membuka tabir hijab alam ghaib dan anak angkatnya dapat melihat makhluk halus.
“Engkau tau tak makhluk belaan yang mengganggu semua yang sakit ini, dia menghisap darah dan menumpang di lutut korang semua, supaya susah untuk mengerjakan kewajipan terhadap Allah. Bukankah ia telah berjanji supaya anak cucu Adam agar berpaling daripada suruhan Allah SWT. Dengan kesusahan ini, lambat laun sembahyang yang ikhlas menjadi tidak ikhlas lagi, seolah-olah terpaksa serta tidak lagi khusyuk dek kerana kesakitan yang dialami.”
“Syaitan ini apabila azan dilaungkan akan berlari pergi ke tandas, kulitnya badannya akan mengelupas terbakar. Lalu ia akan menadah air kencing hamba Allah yang tidak membaca doa masuk ke tandas, disapunya ke badannya kulit-kulit yang merekah mengelupas tadi akan kembali seperti sedia kala. Jangan lupa baca doa masuk tandas supaya najis kita tidak menjadi ubat kepada Laknatullah. Segerakanlah sembahyang sebelum syaitan-syaitan ini mendapat ubatnya seterusnya mengganggu kita sembahyang dengan lebih hebat sekali.”
Dari selepas Isyak hingga kira-kira pukul 2 pagi, barulah selesai semua mendapatkan rawatan. Pak Andak menghantar bomoh tersebut pulang ke rumah. Oleh sebab syaitan Laknatullah ini gagal untuk menghisap darah dan duduk di lutut kami maka ia kembali menyedut darah orang yang membelanya. Orang tersebut pun jatuh sakit sehingga berbuih-buih mulutnya seolah-olah menanggung azab sakit yang amat berat.
Wallahualam

RSS Feed
Twitter
January 11th, 2010
admin 












Posted in
Tags: 