Keadaan iklim ekonomi dunia yang lembap menyebabkan sektor industri menjadi malap. Memikirkan ada kemungkinan diberhentikan, ramai yang mencari sumber pendapatan alternatif sebagai dahan berpaut yang kedua. Jika diberhentikan kerja ataupun diberikan VSS tidaklah jatuh terduduk. Untuk membuat perniagaan offline (biasa) seperti menjual nasi lemak ataupun buah di tepi jalan, anda masih bekerja malahan perniagaan tersebut telah banyak di lakukan dan persaingan sangat sengit.
Lantaran anda berkira-kira untuk cuba berniaga menerusi online kerana acap kali kedengaran dari kawan-kawan dan juga selalu membaca testimoni bahawa peniagaan internet boleh memberi peluang mencapai pendapatan ribuan ringgit malahan ada yang menjadi jutawan dalam masa yang singkat seperti mana Irfan Khairi. Malahan ada yang masih muda belia mendapat pendapatan ribuan hanya menjadi penulis blog (blogger) dan memasarkan ebook sebagai contoh Smartzul,Jebat Abdul Kadir, Mawardee, Adam Akhir, Mohd Ismail, Catzer, Amirol Faisyal, Amirol Zolkifli dan lain-lain lagi
Ya itu memang benar tetapi perlu anda ingat jika anda ingin menjana pendapatan menerusi blog, kini telah banyak blog di Internet. Blog anda seumpama sehelai bulu pada hamparan karpet yang sama warnanya. Anda perlu mempunyai wawasan dan mengetahui, memahami dan melaksanakan strategi tertentu supaya anda lebih menyerlah dan kelihatan lain daripada yang lain. Malahan anda sentiasa mengemas kini blog anda supaya enjin pencarian menyenaraikan anda di halaman muka depan.
Berbalik kepada istilah perniagaan walaupun perniagaan online berlainan kaedah tetapi konsep dan matlamat tetap sama kerana anda berhadapan dengan orang ramai dan mengeluarkan wang daripada poketnya kepada poket anda. Justeru itu pengetahuan asas mengenai perniagaan amat diperlukan.
Sebagai newbie (orang yang baru berkecimpung dalam blog ataupun perniagaan Internet), anda perlukan pengetahuan dan perlukan paduan yang didakwa sebagai ‘rahsia’ oleh penjual ebook di pasaran maya. Dan juga perlu anda fahami ramai daripada peniagaan ebook menjadikan newbie sebagai target pasaran mereka. Persoalannya ebook siapakah yang patut anda miliki?. Dalam aspek ini anda perlu membuat sedikit kajian kerana ada antara penjual ebook ini seolah-olah mewujudkan satu kumpulan perniagaan. Anda perlu membeli banyak ebook ataupun setiap satu daripada ahli kumpulan tersebut barulah anda memiliki pengetahuan dan panduan daripada A ke Z. Ini melibatkan kos yang tinggi.
Namun dicelah- celah ramai pengeluar ebook ada juga yang menyediakan pakej lengkap dan saya telah memilikinya. Cuma saya tidak berkesempatan untuk mempraktikkannya kerana kesibukan tugas harian.
Walaupun apa pun anda berhak menentukan bagai mana untuk anda memilih bagaimana cara untuk anda mendapat pendapatan yang ke-2 tetapi jangan sampai ia menjejaskan pekerjaan tetap anda.
p/s: Jika anda adalah newbie ada blog dan barangan untuk dijual tetapi tidak mengetahui bagaimana nak menguruskannya anda perlu meletak OIO Plugin pada blog wordpress anda. Dengan adanya plugin ini anda hanya perlu sahkan pembayaran dan yang lain OIO yang lakukan.

RSS Feed
Twitter
April 22nd, 2009
admin 












Posted in
Tags: 
Boleh saya tahu, setelah membuat pembayaran dalam masa berapa lamakah saya boleh menerima ebook anda? Adakah penghantaran ebook melalui email anda atau melalui penghantaran pos?
Penjelasan detail daripada En Adam Akhir amatlah saya hargai sebelum saya membuat pembayaran, kerana saya benar-benar berminat.
Harap En Adam faham, kerana kini terdapat pelbagai penipuan terutamanya dalam perniagaan internet yang telah berleluasa dan saya memandang serius akan perkara ini.
Sekian, terima kasih.