Berbicara tentang kecantikan ia adalah satu yang universal tetapi majoriti telah bersetuju bahawa hidung mancung, mata yang galak, warna kulit putih, bibir yang merah dan nipis (seksi), pipi yang gebu, rambut lurus dan tangan dihiasi bulu roma yang halus adalah cantik. Ia menjadi salah satu kegilaan uda selain daripada gerak laku penampilan dan body language (bahasa badan). Bahkan ia menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan bakal isteri selepas agama dan keturunan.
Apabila sudah bergelar isteri, sang suami pasti menerima hakikat yang kecantikan raut wajah pasti akan pudar dimamah usia, Cuma cepat atau lambat ia bergantung pada corak penjagaan anda. Yang pasti kecantikan bentuk badan boleh dikawal dan tidak dipengaruhi oleh masa. Sama ada sedar ataupun tidak menjaga kecantikan bentuk badan bagi wanita yang bergelar ibu adalah sangat penting kerana ia sebahagian daripada cabang tanggungjawab isteri kepada suami, menjaga maruah suami. Memanglah dari aspek kawan-kawan suami, mereka tidak akan berkata atau bertanya perihal isterinya yang telah berubah bentuk kepada gemuk tetapi jika isteri tetap kekal bentuk badannya meskipun telah beranak ramai, mereka akan bertanya “macam mana bini engkau tetap lawa walaupun dah beranak-2, apa yang dimakannya,ada petua ke?”
Situasi ini menyebabkan sang suami berbangga dengan isterinya seolah-olah ia telah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai suami yang sempurna dalam menjaga isteri.
Cuba anda renung dalam agama kita, tatkala sekumpulan mukmin yang ingin melantik imam solat berjemaah, jika dari aspek bacaan sama hebatnya, jumlah hafalan yang sama banyak, jumlah anak yang sama kuantitinya dan yang lain- lain tetap sama maka pilihan terakhir merupakan individu mempunyai isteri yang tercantik di antara mereka. Bukanlah ia sebagai bukti menunjukkan kepimpinannya dalam menjaga isteri sehingga tetap cantik?.
Kebanyakan para suami akan menerima sang isteri seadanya kerana ingin mengekalkan hubungan baik agar jodoh berpanjangan demi Allah (yang tidak menyukai penceraian suami isteri –halal tapi amat dibencinya), memikir masa depan anak- anak dan juga memikirkan banyak keburukan daripada kebaikan. lalu persoalannya ketika memberikan nafkah batin kepada isteri, apakah yang diperlukan akal fikiran ataupun nafsu.?
Sudah tentu nafsu lelaki kepada wanita ialah fizikal yang membezakannya dengan lelaki atau dengan kata lain bentuk badan. Bila wanita yang bergelar isteri mengekalkan bentuk badannya sebagai wanita secara tidak langsung nafsu akan mengikhtiarkannya sebagai cantik, lalu membuahkan berahi.
Dengan demikian keseronokan melayarkan bahtera dapat dinikmati bersama dan bukannya melepaskan batuk di tangga bagi memenuhi tuntutan nafkah batin sahaja. Baru saja hampir kepada tahap klimaks tiba-tiba sang suami menyudahkannya dengan segera memberikan seribu persoalan kenapa kepada isteri. “kenapa cepat sangat” dan suami hanya tersenyum tanpa menjawab persoalan kenapa yang dilontarkan oleh isterinya. Jawapannya rujuk kepada —->Petua Khas Buat Wanita (perlukan pendaftaran/percuma untuk akses artikel ini kerana ia adalah 18SX)
RSS Feed
Twitter
June 29th, 2009
admin 












Posted in
Tags: 