Saranan untuk Proton

Seperti yang kita Maklum Proton mempelajari teknologi automobil dari syarikat Mitsubishi Jepun. Proton menyalin model- model tertentu kereta Mitsubishi, mengubah sesuai bahagian- bahagian tertentu, lalu diberikan nama yang lain. Apabila proton mengeluarkan kereta yang mana reka bentuk kereta tersebut tidak lagi dibayangi oleh kereta Mitsubishi, populariti Proton menjunam. Kenapa?

Keadaan ini menunjukkan bahawa orang ramai telah hilang kepercayaan terhadap produk proton. Mungkin Proton telah menetapkan piawaian kualiti keluarannya seperti mana kereta Mutsubishi tetapi standard ini tidak bersesuaian dengan keadaan Malaysia menyebabkan produk proton tidak lagi berkualiti di sini.

Sebagai contoh kereta yang paling laris dalam keluaran Proton, wira .Bamparnya senang tercabut dengan hanya perlanggaran kecil kerana ia dipasang hanya menggunakan klip sahaja. Malahan ia turut tertanggal dari tempatnya dengan hanya tergesel dengan kereta lain.lebih mengeruhkan keadaan, springnya juga agak pendek menyebabkan aras lantai kereta dengan jalan adalah kecil, apabila melepasi bonggol jalan, bamparnya juga tercabut, tergesel dengan bonggol tadi.

Keadaan ini mungkin kurang berlaku di negara Jepun kerana sikap pemandunya yang lebih berhemah, berdisiplin, mengekalkan jarak selamat serta keadaan jalannya yang rata tidak berbonggol- bonggol seperti mana jalan raya kita.

Saya juga kerap melihat lampu belakang kereta wira menakung air di dalamnya. Jika pihak Proton mengambil kira tentang iklim Malaysia yang kerap kali hujan, masalah ini mungkin dapat di tangani sebelum kereta ni dipasarkan. Meskipun ia masalah kecil tetapi ia memberi persepsi yang tidak baik terhadap kualiti produk Proton.

Pembelian model wira mencapai 220,000 unit Pada kebiasaannya seseorang membeli kereta baru mengharapkan ‘Maintenance free’ sekurang- kurangnya 5 tahun tetapi sebaliknya mereka mengalami beberapa kali bampar tertanggal, apakah mereka masih setia pada Proton dan apakah yang mereka katakan jika kawannya ingin membeli kereta proton?.Lalu inilah jawaban kenapa kini kereta proton tidak lagi memonopoli jalan raya seperti mana lewat tahun 90-an.

Bagi mengembalikan kepercayaan rakyat tempatan saya menyarankan agar pihak Proton mengeluarkan kereta yang lebih berkualiti sejajar dengan situasi Malaysia sehinggakan rakyat Malaysia beranggapan kereta yang paling selesa dan istimewa di Malaysia hanyalah Proton.. Apatah lagi nama PROTON adalah berasaskan singkatan Perusahaan Automobil Nasional. Merujuk kepada perkataan Nasional, ia perlu memenuhi kriteria ciri-ciri keadaan bangsa, tabiat serta iklim Malaysia

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Saranan untuk Proton”

  1. Ponek says:

    Pegi mampus la sama Proton!!!!!

    Proton adalah projek kroni2 UMNO & BN!!!!!

    Semua komponen yang dibekalkan vendor2 kroni langsung tak berkualiti!!!! Macam sampah!!!!!

    Mati Proton!!!!!

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.