The post Moratorium 6-Bulan Untuk Pengguna Maybank susulan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) COVID-19 Yang Perlu Anda Ambil Tahu appeared first on Pelbagai.
]]>Bagi pengguna Maybank, anda layak mendapat moratorium 6-bulan sebagai salah satu financial relief yang diumumkan sebagai salah satu Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) susulan wabak pandemik COVID-19 ini.
Moratorium dalam konteks ini bermaksud ‘penangguhan’ bayaran bulanan pinjaman sehingga ke tarikh seterusnya yang dipersetujui.
Dalam kes ini, ianya meliputi penangguhan bayaran bulanan pinjaman daripada April 2020 sehingga September 2020. Oktober 2020 adalah bulan untuk anda mulakan semula pembayaran pinjaman seperti sedia kala. Tarikh akhir selesai pembayaran juga dianjak 6 bulan mengikut tempoh penangguhan.
Tidak. Hanya bentuk/produk pinjaman berikut yang termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik :
Produk pinjaman berikut tidak termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik :
Untuk produk pinjaman yang tidak termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik, anda perlu membuat permohonan terlebih dahulu. Sila rujuk ruangan Cara Membuat Permohonan Moratorium. Sekiranya permohonan tidak dibuat, anda perlu membuat pembayaran secara normal mengikut perjanjian sebelumnya.
Untuk pinjaman yang dibayar menerusi Auto Debit (ditolak daripada baki akaun bank setiap bulan), penolakan ini akan ditangguh secara automatik anda akan bermula semula pada Oktober 2020.
Sekiranya pinjaman anda tidak termasuk dalam tawaran moratorium secara automatik, berikut adalah cara untuk memohon :
Klik link berikut :
Klik ‘Apply Now’.
Login akaun Maybank2u anda.
Pilih bentuk pinjaman yang terlibat, klik ‘Agree & Submit’ dan sahkan TAC sehingga proses permohonan selesai.
Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan, boleh merujuk kepada info berikut ;
Info : Maybank Individual Moratorium FAQ
Hotline : 1300 88 6688 (Tekan *1 untuk Moratorium)
Email : mgcc@maybank.com.my
The post Moratorium 6-Bulan Untuk Pengguna Maybank susulan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) COVID-19 Yang Perlu Anda Ambil Tahu appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara Mohon Geran Khas Prihatin berupa Bantuan RM3000 untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro appeared first on Pelbagai.
]]>Sekiranya ya, pihak Kerajaan Malaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) telah pun memperkenalkan geran khas dikenali sebagai Gerak Khas Prihatin (GKP) bagi membantu pemilik perniagaan PKS Mikro ini.
Geran Khas PRIHATIN (GKP) adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang dibayar secara One-Off (sekali bayar sahaja) bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.
Kadar Bantuan | RM 3,000 (One-off / Sekali Bayar sahaja) |
Kaedah Pembayaran | Dikredit terus ke akaun bank pemohon |
Tarikh Buka | 1 Mei 2020 |
Tarikh Tutup | 15 Mei 2020 |
Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian sepenuhnya. Klik link Portal GKP yang berikut :
Ikuti langkah-langkah berikut :
Klik ‘Teruskan’ dan sahkan pendaftaran anda.
Untuk memudahkan pengguna dalam membuat permohonan dan pendaftaran GKP, berikut adalah panduan pengguna :
Pemohon boleh menyemak status permohonan GKP bermula seawal Minggu Pertama, Jun 2020. Pemohon yang layak menerima Geran Khas Prihatin (GKP) akan mula menerima pembayaran pada Jun 2020.
Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan atau terdapat sebarang pertanyaan, ini sumber rujukan anda :
The post Cara Mohon Geran Khas Prihatin berupa Bantuan RM3000 untuk Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) Mikro appeared first on Pelbagai.
]]>The post Kadar & Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Tahun 2020 Mengikut Negeri-Negeri di Malaysia appeared first on Pelbagai.
]]>Ini penting untuk kita bersama-sama mengekang penularan wabak pandemik Covid-19 di samping menunaikan kewajipan masing-masing.
Berikut adalah cara, platform atau alternatif yang ada bagi memudahkan umat Islam di seluruh Malaysia membayar zakat fitrah secara atas talian (Online) beserta dengan kadar zakat fitrah mengikut negeri masing-masing bagi tahun 2020.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM 7 / RM 14 / RM 21
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Selangor.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM 5 / RM 7
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pusat Pungutan Zakat (PPZ)- MAIWP.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM10
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Johor Online Payment.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIPS.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM16
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Penang.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM14 / RM21
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIAMP.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Pusat Kutipan Zakat Pahang.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM5 / RM7 / RM14 / RM21
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Jom Zakat Kedah
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7 / RM14
Kaedah pembayaran
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Zakat Melaka.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIDAM.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7
Kaedah pembayaran
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi MAIK.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM6 / RM7.50
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Kaedah Bayaran, Bahagian Zakat Dan Fitrah MUIS.
Kadar Zakat Fitrah 2020 : RM7
Kaedah pembayaran :
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Tabung Baitulmal Sarawak.
Anda disarankan untuk menyimpan resit pembayaran sebagai rujukan pada masa akan datang. Kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online) ini akan memudahkan lagi urusan umat Islam di seluruh Malaysia menunaikan kewajiban bersama.
The post Kadar & Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Tahun 2020 Mengikut Negeri-Negeri di Malaysia appeared first on Pelbagai.
]]>The post Ini apa yang perlu anda buat sekiranya bergejala COVID-19 appeared first on Pelbagai.
]]>Namun perkara sebaliknya pula yang berlaku apabila menjelang sahaja tahun ini, manusia masih di tahap sama dan kini dilanda wabak pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia.
Wabak pandemik COVID-19 ini dikatakan boleh dijangkiti oleh semua manusia tidak kira bangsa, darjat, miskin, kaya, duduk di kampung ataupun bandar. Anda pun boleh sama dijangkiti tanpa disedari.
Jangkitan coronavirus COVID-19 menyebabkan simptom gejala daripada spektrum selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk. Adalah penting untuk menjaga diri dan keluarga masing-masing kerana buat masa ini, masih lagi tiada vaksin dicipta untuk mengatasi ancaman virus ini.
Sekiranya anda bergejala seperti demam, batuk, sukar bernafas dan berfikir ianya anda mungkin bergejala wabak COVID-19, ini apa yang perlu anda lakukan.
Gunakan Hotline CPRC dibawah untuk mendapatkan khidmat konsultansi serta pertanyaan terlebih dahulu.
Anda dinasihatkan untuk tidak terus ke hospital kerana ini membantu mengurangkan bebanan pihak hospital dalam usaha menguruskan wabak pandemik ini.
Hanya mereka yang dinasihatkan doktor menerusi hotline tersebut sahaja perlu pergi ke pusat pemeriksaan COVID-19 terdekat dan membuat saringan COVID-19. Lokasi pusat saringan COVID-19 terdekat boleh dirujuk menerusi hotline tersebut.
Di pusat saringan tersebut, akan ada petugas yang akan membimbing anda untuk melalui proses-proses seterusnya.
Pada akhir proses saringan COVID-19, pihak hospital akan mengambil sampel swab yang diambil dari hidung dan tekak pesakit untuk menguji kehadiran virus COVID-19 dalam badan.
Hasil keputusan akan boleh didapati dalam tempoh 24 sehingga 72 jam. Pada masa itu, pesakit dinasihatkan untuk melakukan kuarantin diri di rumah masing-masing. Hanya pesakit yang bergejala sederhana dan teruk akan ditempatkan segera ke dalam wad.
Sekiranya ujian menunjukkan positif COVID-19, pesakit akan dihubungi oleh pihak hospital dan akan diberitahu untuk memulakan rawatan di hospital. Perkhidmatan ambulans disediakan untuk mereka yang mempunyai masalah pengangkutan.
Buat masa ini, ini adalah senarai hospital rujukan bagi mengendalikan Kes Yang Disyaki (PUI) Dan Sahih COVID-19
Sekiranya anda berkemampuan untuk mengeluarkan kos untuk membuat semakan self-check, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah.
Buat masa ini, pihak swasta yang dikenalpasti menawarkan perkhidmatan ini adalah seperti berikut:
Orang awam yang ingin membuat saringan boleh menghubungi pihak syarikat swasta berkenaan untuk membuat saringan COVID-19.
Sila layari laman web syarikat-syarikat tersebut untuk maklumat lanjut.
The post Ini apa yang perlu anda buat sekiranya bergejala COVID-19 appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara Mudah Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online, kini hanya menerusi Portal i-Lestari appeared first on Pelbagai.
]]>Inisiatif ini membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran wang daripada Akaun 2 KWSP sebanyak RM50 (minimum) sehingga RM500 (maksimum) setiap bulan untuk beberapa tempoh.
Rujuk entri terdahulu berkaitan kemudahan pegeluaran i-Lestari oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Sebelum ini, terdapat 3 cara untuk membuat permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP iaitu secara Online menerusi I-Akaun, email dan juga kurier.
Terkini, KWSP memperkenalkan cara yang lebih mudah untuk membuat permohonan baru dan juga semakan status pengeluaran untuk kemudahan tersebut – menerusi Portal i-Lestari.
Bagi yang belum membuat permohonan, boleh rujuk artikel sebelumnya berkaitan pengeluaran i-Lestari KWSP ini.
Untuk mula membuat permohonan baru, ikuti langkah di bawah.
Layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
Klik Permohonan Baru
Pada ruangan Permohonan, isikan maklumat pemohon seperti di bawah.
Pastikan maklumat yang diisi tepat dan terkini.
Tandakan pada ‘Saya dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Perakuan Terma & Syarat yang ditetapkan’.
Satu popup Perakuan Pemohon akan muncul. Klik ‘Setuju’.
Tandakan pada ruangan ‘Saya Bukan Robot’ sebagai pengesahan kepada sistem.
Klik ‘Hantar’ dan permohonan anda telah selesai.
Status permohonan yang dibuat boleh disemak dalam tempoh dua (2) hari dari tarikh permohonan dibuat.
Untuk membuat semakan status permohonan, layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
Klik ‘Semak Permohonan‘
Pada ruangan ‘Semakan Status’, isikan Nombor Kad Pengenalan ataupun Nombor MyKad, serta Nombor Telefon Bimbit yang digunakan semasa pendaftaran permohonan baru.
Tandakan pada ‘Saya Bukan Robot’ dan klik ‘Semak’
Untuk sebarang pertanyaaan ataupun soalan lazim (FAQ) yang telah dikemaskini di https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada senarai soalan lazim (FAQ) berkaitan i-Lestari.
The post Cara Mudah Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online, kini hanya menerusi Portal i-Lestari appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online menerusi i-Akaun appeared first on Pelbagai.
]]>Rujuk semula artikel i-Lestari Kem Simpanan Wang Pekerja (KSWP) untuk maklumat mengenai i-Lestari ini.
Pastikan :
Layari laman web rasmi KWSP di www.kwsp.gov.my
Klik Login untuk masuk i-Akaun pada ruangan I’m A Member (i-Akaun)
Klik Login Now
Masukkan User ID ataupun Username i-Akaun anda.
Sekiranya anda terlupa User ID ataupun Username i-Akaun, anda boleh klik Forgot User Id untuk menyemak semula.
Perlu diingatkan, sekiranya anda belum lagi mempunyai i-Akaun, anda perlu membuat pendaftaran baru untuk i-Akaun terlebih dahulu.
Klik Next
Masukkan Password i-Akaun anda
Klik Login
Anda akan dibawa ke halaman utama portal yang akan menunjukkan ringkasan akaun anda.
Klik ruangan Withdrawal
Klik New Application
Anda akan dibawa ke halaman Step 1. Pada ruangan Withdrawal Type, pilih i-Lestari dan klik Next
Satu popup akan keluar bertujuan memberitahu anda ringkasan terma dan syarat memohon kemudahan tersebut.
Klik Ok, kemudian klik sekali lagi butang Next yang sama untuk ke halaman seterusnya.
Anda akan dibawa ke halaman Step 2.
Di halaman ini, isikan amaun pengeluaran bulanan yang anda ingin mohon pada ruangan Applied Amount. Ianya boleh jadi daripada RM50 (minimum) sehingga RM500 (maksimum). Perlu diambil tahu, baki di dalam Akaun 2 perlu mempunyai baki yang mencukupi untuk tujuan ini.
Isi nama Bank yang anda guna untuk tujuan pengeluaran duit i-Lestari ini pada ruangan Bank Name. Pastikan anda mengisi juga nombor akaun bank tersebut pada ruangan Savings / Current Account No.
Klik Next untuk ke halaman seterusnya.
Anda akan dibawa ke Step 3
Di halaman ini, pastikan semua maklumat yang tertera adalah betul dan terkini. Maklumat tersebut adalah seperti Address, Postcode, City, State, Country, Mobile Phone dan juga maklumat yang telah anda tulis sebelum ini seperti Applied Amount, Bank Name dan Savings / Current Account No.
Setelah memastikan semua informasi betul, tick pada ruangan Declaration sebagai tanda setuju dengan terma dan syarat yang dikemukakan.
Klik Agree
Klik Request TAC
Anda akan menerima 6 digit kod TAC menerusi SMS di telefon yang telah didaftarkan dengan i-Akaun KWSP anda.
Masukkan kod TAC tersebut, kemudian klik Submit untuk hantar permohonan tersebut.
Permohonan selesai. Cetak ringkasan permohonan ini sekiranya perlu.
Semoga manfaat ini dapat membantu anda ketika menghadapi wabak pandemik Covid-19. Stay safe guys!
The post Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP secara Online menerusi i-Akaun appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP appeared first on Pelbagai.
]]>Menerusi inisiatif ini, setiap ahli layak membuat pengeluaran wang sebanyak RM500 (maksimum) setiap bulan daripada Akaun 2 KWSP untuk beberapa bulan berturut-turut.
Pengeluaran setiap bulan : RM50 (minimum) – RM500 (maksimum)
Sumber pengeluaran : KWSP Akaun 2
Permohonan diluluskan pada | Kelayakan pengeluaran (bulan) |
April 2020 | 12 bulan |
May 2020 | 11 bulan |
Jun 2020 | 10 bulan |
Julai 2020 | 9 bulan |
Ogos 2020 | 8 bulan |
September 2020 | 7 bulan |
Oktober 2020 | 6 bulan |
November 2020 | 5 bulan |
December 2020 | 4 bulan |
Januari 2021 | 3 bulan |
Februari 2021 | 2 bulan |
Mac 2021 | 1 bulan |
Permohonan mula dibuka pada 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Permohonan boleh dibuat menerusi salah satu cara berikut :
Permohonan secara Online boleh dibuat menerusi mana-mana link di bawah :
Secara e-mel kepada ilestarimohon@epf.gov.my (Borang akan dimuat naik)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
Karung Berkunci No 220,
Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya
(Pengeluaran i-Lestari)
The post Cara Membuat Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara tebus Bantuan Internet Percuma 1GB Sehari Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 appeared first on Pelbagai.
]]>Menerusi pakej rangsangan tersebut, salah satu inisiatif yang diumumkan adalah internet percuma sebanyak 1GB sehari bermula 1 April 2020. Pakej Internet percuma 1GB sehari ini disalurkan oleh syarikat telekomunikasi masing-masing kepada pelanggan.
Bagaimana Cara untuk Menebus Internet Percuma Ini? Ikuti langkah dibawah ini.
Pengguna Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ianya akan ditambah secara automatik kepada pengguna setiap hari. Penggunaan data internet ini terhad bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Pelanggan boleh menyemak baki kuota data menerusi salah satu daripada langkah berikut
Maklumat lanjut berkaitan tawaran ini boleh didapati di Celcom FAQ.
Tawaran Internet percuma Maxis dibuka untuk semua pelanggan Prabayar dan Pascabayar (kecuali MaxisONE). Pengguna Maxis perlu melanggan internet percuma ini secara manual setiap hari.
Cara untuk melanggan (*Langganan perlu dibuat secara manual setiap hari) :
Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman Maxis
Tawaran Internet 1GB oleh Digi dibuka kepada semua pengguna pascabayar dan prabayar Digi. Penggunaan Internet ini terhad bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.
Cara untuk melanggan :
Selain itu, Digi juga lebih fleksibel menawarkan pakej tambahan berikut:
Selain itu, Digi juga menawarkan akses percuma selama 1 bulan untuk pusat pembelajaran digital, https://jomstudi.my
Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman MyDigi Community.
Tawaran Internet percuma 1GB UMobile dibuka kepada semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali WeChat Go), dengan had penggunaan antara jam 8 pagi hingga 6 petang.
Cara langgan (sekali sahaja):
Cara semak baki kuota:
Unifi Mobile menawarkan pakej internet lebih menarik iaitu pas hotspot 999GB LTE secara percuma sehingga 14 April 2020. Ianya dibuka untuk semua pengguna Unifi Mobile Postpaid (Unifi Mobile 99, Webe RM79, Unifi Mobile Pek Jasa) dan Unifi Mobile Biz Postpaid (Unifi Mobile Biz 99 & Unifi Mobile Biz 79).
Pengguna tidak perlu melanggan kerana ianya diaktifkan secara automatik.
Pengguna TuneTalk boleh mendapatkan pakej internet percuma 1GB sehari dengan cara berikut (langganan sekali sahaja):
Pengguna OneXOX serta XOX boleh mendapatkan pakej internet percuma 1GB sehari dengan cara salah satu langkah berikut (langganan sekali sahaja):
Yoodo juga menyediakan inisiatif ini dengan menawarkan internet 1GB secara percuma setiap hari. Ianya akan dimasukkan secara automatik ke dalam telefon masing-masing.
Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Yoodo Covid-19 Initiative.
Semoga pakej rangsangan ekonomi ini dapat membantu anda menghadapi wabak pandemik Covid-19. Stay at home guys!
The post Cara tebus Bantuan Internet Percuma 1GB Sehari Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara Buat Tuntutan Sekiranya Terlibat Dalam Kemalangan di Lebuh Raya Akibat Kecuaian Pihak Pengendali appeared first on Pelbagai.
]]>Contoh kemalangan di lebuhraya :
Adalah menjadi tanggungjawab pihak lebuhraya untuk memastikan jalan raya diselenggara dengan baik mengikuti aspek-aspek keselamatan dan piawaian tertentu.
Pemantauan pihak lebihraya kebiasaannya dijalankan setiap 45 minit di kawasan lebuhraya bagi memantau sebarang objek yang mengganggu lalu lintas.
Ini langkah yang perlu anda lalukan sekiranya terlibat dengan kemalangan hasil kecuaian pihak pengendali lebuhraya.
Sekiranya kemalangan berlaku, turun dari kenderaan anda. Catatkan :
Tangkap gambar :
Telefon hotline lebuhraya tersebut. Nombor telefon boleh didapati dan tertera pada telefon kecemasan di jalan raya. Boleh juga Google untuk mendapatkan nombor telefon tersebut.
Sebagai contoh, talian hotline untuk lebuhraya di bawah pengendalian PLUS adalah 1800-88-0000
Laporkan kemalangan tersebut. Sekiranya petugas lebuhraya tampil membantu, dapatkan nama dan nombor pendaftaran (plat) kenderaan petugas tersebut.
Buat laporan Polis berkaitan kemalangan tersebut. Laporan ini perlu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) paling dekat dengan lokasi kemalangan.
Lampirkan butir-butiran berkenaan kemalangan tersebut.
Pergi ke pejabat lebuhraya yang berdekatan. Dapatkan borang tuntutan kemalangan akibat kecuaian lebuhraya. Isikan butir-butiran kemalangan dan lampirkan juga laporan Polis berkenaan kemalangan tersebut.
Permohonan tuntutan perlu dihantar dalam tempoh 2 bulan selepas tarikh kemalangan.
Pihak lebuhraya akan membuka siasatan berkaitan kemalangan tersebut dengan menyemak segala rekod, rakaman CCTV di lebuhraya, serta punca kemalangan tersebut sama ada ianya daripada kecuaian pihak pengendali lebuhraya ataupun pengguna sendiri.
Sekiranya pihak lebuhraya didapati cuai, mereka akan menanggung segala kos pembaikian kenderaan anda.
Namun, sekiranya kemalangan berpunca daripada kecuaian pengguna atau pemandu itu sendiri, pengguna perlu menanggung kos pembaikan yang terlibat (contohnya kos pembaikan lampu jalan sekiranya rosak).
Hantarkan kenderaan untuk dibaiki terlebih dahulu. Kos baikpulih mungkin perlu ditanggung anda terlebih dahulu. Kemudian, lampirkan resit baikpulih kenderaan tersebut serta gambar semasa dan selepas baikpulih dibuat kepada pejabat lebuhraya sebagai lampiran bersama borang tuntutan yang dibuat sebelum ini.
Segala laporan Polis, resit-resit dan dokumen mesti salinan Original.
Tunggu bayaran ganti rugi daripada pihak lebuhraya. Buat follow up sekiranya mereka lewat memproses permohonan anda.
Sekiranya pihak pengendali jalan raya enggan membayar 100% kos kerugian, buat rayuan kerana kos tersebut sememangnya kos yang perlu ditanggung oleh mereka.
Artikel ini adalah hasil olahan daripada perkongsian konten di akaun Facebook milik peguam Puan Nor Zabetha.
The post Cara Buat Tuntutan Sekiranya Terlibat Dalam Kemalangan di Lebuh Raya Akibat Kecuaian Pihak Pengendali appeared first on Pelbagai.
]]>The post Cara Menentukan Kedudukan Tangki Minyak Kenderaan appeared first on Pelbagai.
]]>Sebenarnya ada cara mudah untuk menentukan lokasi tangki minyak kenderaan.
Rujuk ‘Panah’ pada gambar contoh di bawah.
Panah kecil pada ikon atau simbol minyak ini sebenarnya menunjukkan kedudukan sebenar tangki minyak kenderaan anda samada ianya terletak pada bahagian kiri atau kanan.
Tips ini ringkas, namun masih ramai lagi tidak tahu. Lebih-lebih lagi pada yang memiliki pelbagai kenderaan dengan bermacam-macam lokasi tangki minyak. nak masuk lot pam minyak pun ragu-ragu dibuatnya.
The post Cara Menentukan Kedudukan Tangki Minyak Kenderaan appeared first on Pelbagai.
]]>