Cara Semak dan Tuntut Wang Yang Tak Dituntut (WTD)

Sehingga 30 Jun 2017 sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah. WTD merupakan wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965

Cara Semak dan Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)

1. Sila hadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan kediaman anda. anda. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia

2. Bawa Kad pengenalan diri/MyKad anda dan serahkan di kaunter. Pegawai yang bertugas akan menyemak sama ada anda mempunyai Wang Tak Dituntut atau tidak.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika anda mempunyai WTD, sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

*PENTING

Semakan WTD tidak ada tarikh luput.
Pendaftar WTD tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk tuntutan WTD.

Untuk maklumat lanjut berkaitan WTD anda boleh ke Portal Rasmi JANM (Wang Tak Dituntut)

Untuk Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tak DItuntut klik DI SINI

Cara Penjagaan Kereta Paling Basic Wajib Anda Tahu

JANGAN TERTIPU dan DITIPU LAGI.

1> Minyak hitam

Minyak hitam yg bukan sintetik tu setiap 5,000 km @ 3 bulan whichever is earlier. Kalu yg sintetik – mungkin 7,500 km atau 10,000 km.

2> Filter

Sama seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa – 5,000 km. Minyak Synthetic – 7,500 km hingga 10,000 km. Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3> Spark plug

20,000 km ikut schedule maintenance book Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal…benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje…Harga sekitar Rm 20-25 untuk 4 biji.

4> Bateri kereta

18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan…kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa topup dan selalu kering. 6 bulan pun bateri boleh kong!

Free maintenance battery lain pulak ceritanya…tak payah top up air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu…so, beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai. BOSCH, CENTURY… tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok!

Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama. Kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L…begitu la citernya!

5> Timing belt

60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000 km dan Honda CRV tahan sampai 160,000 km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000 km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik pun sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang!

6> Clutch plate

Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom “clutch slipping” berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000 km baru tukar clutch!

7> Fuel Filter

Tukar aje la sekitar 40,000 km sekali. Benda ni pun murah Rm 15-20 je.

8> Air Filter

Ditukar setiap 20,000 km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9> ATF (Automatic Transmission Fluid)

Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000 km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000 km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar…jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak yang bikin servis. Caj hanya sekitar Rm 200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari Rm 100…ikut saiz kereta anda!

10> Gear Oil

Untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11> Brake Fluid & Power Steering Fluid

Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12> Radiator Coolant

Sebotol Rm 15-20… selalunya warna hijau! 60,000 km boleh la tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13> Air-Cond Belt / Alternator Belt

Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-Con & juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada “crack-crack” yang halus…maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan” “6 bulan” & seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan @ dalam English nya lebih dikenali sebagai “Preventive Maintenance”

14> Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alat ganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran!

15> Contohnya, kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya “shock absorber” perlu diganti setiap 20,000 km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

16> Minyak hitam mineral untuk 5,000 km / 3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000 km / 6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000 km / 1 tahun. Kalau boleh hati-hati beli minyak hitam di kedai spare sebab banyak minyak cap ayam yang disediakan khas untuk tipu orang. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos & lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in China. Dalam satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel tertentu. Bos mereka ini sentiasa mengarahkan pekerja untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang. Elok beli minyak di stesen minyak – confirmed genuine. Unless kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang kita beli tu.

17> Minyak gear manual ditukar setiap 40,000 km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000 km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama – bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF – ditukar setiap 20,000 km. Sama macam di atas.

18> Flush? kalau dalam buku takde kata – maka tidak perlu. Air filter pun sama – 20,000 km. Coolant – tukar tiap-tiap 20,000 km. Nak tukar tiap-tiap 50,000 km pun boleh dengan syarat guna air suling @ RO water. Timing belt – ditukar setiap 80,000 km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000 km(Wira 1.6) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi & ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok – tak perlu tukar. Aircond belt, alternator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt @ apabila nampak crack.

19> Water pump

Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let’s say kita tukar timing belt setiap 80,000 km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000 km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge.

20> Spark plug

Every 20,000 km @ selagi plastik kat tengah tu masih putih & tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak – engine dah agak uzur & kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus – minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket – tukar apabila minyak leaking kat area tu @ sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Orang panggil nie top-overhaul.

21> Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000 km. Tapi ada gak yang 80,000 km kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit.

22> Brake pad

Tukar bila haus @ bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yang lain.

23> Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yang di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000 km ikut ketetapan pengeluar Jepun tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear & tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik & fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000 km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000 km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

24> Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000 km bagi semua enjin straight 4 twin spark & juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik yang kerek & cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000 km. Tak perlu tukar pada 30,000 km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus & enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000 km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya.

25> Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00 km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala…………

Kredit: Damia Kamal

Cara Bayar Zakat Menerusi Maybank2u

Menunaikan zakat adalah merupakan Rukun Islam keempat. Allah telah mewajibkan zakat ke atas setiap orang Muslim yang telah mencapai nisab dalam hartanya dengan syarat-syarat tertentu.

Terdapat dua jenis kategori zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan, yang dilakukan pada bulan Ramadhan. Manakala Zakat Harta merupakan zakat yang dikenakan keatas harta pemilik. Contohnya:

Zakat Pendapatan
Zakat Perniagaan
Zakat Wang Simpanan
Zakat Emas/Perak
Zakat Saham
Zakat KWSP
Zakat Pertanian
Zakat Penternakan

Setiap jenis Zakat memiliki cara pengiraan yang berbeza. Anda boleh rujuk laman PPZ MAIWP bagi mengira zakat yang perlu anda bayar berdasarkan pendapatan/simpanan anda.

Boleh rujuk sini untuk Panduan Mengira Sendiri Zakat Saham Beserta Contoh.

“Sah ke bang bayar zakat secara online ni? Takde akad, tak perlu salam tangan amil? “

Sah. Akad tu hukumnya Harus.

Bagi tujuan tutorial kali ini, contoh bayaran adalah untuk jenis Zakat Wang Simpanan.

# 1 Log in ke akaun Maybank2u

# 2 Pilih Bill Payment di ruangan atas kanan

# 3 Klik make a one-off payment

# 4 Pilih zakat & charity

# 5 Pilih pusat zakat mana yang anda mahu salurkan

# 6 Masukkan amaun bayaran zakat berdasarkan jumlah pengiraan yang telah dilakukan. Pilih jenis zakat dan masukkan nombor telefon anda kemudian klik continue.

# 7 Klik ‘request for TAC’ kemudian sistem Maybank akan menghantar 6 digit kod TAC ke no telefon anda. Seterusnya klik confirm.

Semudah 7 Langkah Sahaja!

Cepat, selamat dan sangat mudah. Semoga anda beroleh manfaat dengan perkongsian ini.

Lelaki ini kongsi bagaimana cara beli perabut mewah dari China tapi pada harga murah

NAK BELI PERABOT MURAH? SINI LUBUKNYA. BOLEH JIMAT RIBU-RIBU WOO!

Saya kini berada di Foshan, China. Naik flight turun kat Guangzhou kemudian naik teksi selama 1 jam. Tujuan saya ke sini ialah untuk membeli perabot-perabot murah bagi melengkapkan rumah baru saya yang bakal selesai renovation nya awal bulan depan.

Ada satu tempat dalam Foshan ni yang sangat-sangat best. Apa perasaan anda bila nampak meja office macam kat IKAE (bukan nama sebenar) RM1,500 tapi kat sini cuma RM260 je? Atau sofa FFS (pun bukan nama sebenar) yang RM4-5k dijual RM1-2k di sini? Or set bilik tidur maharaja yang RM7-8k, kat sini baru RM2-3k? Mesti rasa nak nangis kan? Huhuhu…

Ya begitulah realitinya di sini. Itu baru satu barang tu. Kalau anda beli banyak memang puluh ribu gak jimatnya. Memang benar bagai dikata, di sini semuanya murah berkali-kali ganda. Selepas tolak flight, hotel dan shipping cost anda masih jimat banyak. Syaratnya kena beli banyak barang lah baru berbaloi. Hotel + flight dalam RM1,600 pergi balik 5 hari 4 malam.

Cakap lah nak cari apa, segala mak nenek perabot ada jual kat sini dalam satu kawasan seluas 10 kilometer! Tak larat nak explore semua pasal banyak giler! Barang yang dijual di Malaysia semua ada kat sini, malah trend trend terbaru pun ada. Lampu chandellier 18 bulb saya beli ni baru RM1,300 (2000 yuan). Kat Malaysia easily RM3-4k untuk lampu besar macam tu. Kristal tu, bukan kaca. Sinaran dia jauh beza.

Soal makan jangan risau. Restoran halal ada kat sini. Nasi goreng dalam RM7 je. Soal penghantaran dari Foshan ke Malaysia kita boleh guna khidmat Borong China Services & Trading . Around 1 bulan barang sampai. Beli barang pun kalau stok takde kita perlu bayar deposit 30% je. Then balance bila stok ready minta tolong BCST bayar & arrange shipment bila kita dah balik ke Malaysia.

Oh ye apakah nama tempat tu? Namanya LECONG FURNITURE MARKET. Tempat lain dalam Foshan ni banyak lagi tapi mahal. Kat area Lecong ni je murah.

Tolong SHARE & TAG kawan-kawan ye, especially yang baru nak pindah rumah tu. Ramai lagi yang tak tahu pasal lubuk perabot ni.

SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA:

1) Kat mana ni? Macam mana nak ke sana?

Kat Lecong Furniture Market, dalam Foshan. Naik flight turun di Baiyun Airport (Guangzhou), kemudian naik teksi direct ke Lecong dalam 1 jam perjalanan. Tambang dalam 200-300 yuan (RM130-195). Kos flight around RM500-800+ sehala.

Anda perlukan Visa untuk masuk China. Caj buat Visa RM150. Kalau buat sendiri dekat RM90 gak. Better suruh agensi tolong buat lagi senang. Seeloknya 2 minggu sebelum pergi dah kena submit.

2) Hotel yang terdekat?

Rujuk gambar ya. Dari hotel ni jalan kaki je ke Lecong tu. Foshan ni tak ada apa-apa yang menarik pun. Datang beli perabot pastu balik je lah. Rate hotel dalam RM100+ je.

3) Ada restoran makanan halal tak kat sana?

Ada dua, di kiri dan kanan jalan. Kalau nasi goreng tu 13 yuan je (RM8). Tapi saya nasihatkan elok bawa makanan sendiri dari Malaysia lah sebab takut rasa masakan diorang tak kena dengan selera tekak anda huhuhu…

4) Betul ke diorang tak pandai cakap English?

Ya, memang betul tapi tak semua. Ada juga yang faham basic english. Penyelesaiannya mudah saja, install apps Google Translate. Taip kat situ apa anda nak tanya, lepas tu nanti dia taip balik kat handphone anda. Make sure keyboard tu dah set Chinese (simplified) siap-siap ye. Diorang cakap Mandarin. Kalau anda pandai cakap Mandarin memang ia satu kelebihan besar.

5) Harga memang murah giler ke kat sana?

Yup, memang murah giler! Tengok je lah contoh perbandingan harga sofa & bedroom set tu. Itupun tak nego betul2 (disebabkan kekangan bahasa). Tapi saya perhatikan kalau barang hiasan dalaman (cermin, pasu dsb) tak jauh beza dengan Malaysia.

Satu lagi, anda hanya perlu bayar deposit sahaja. 5-30% dari total purchase. Balance hanya perlu dibayar bila stok dah ready untuk dihantar ke port di Guangzhou. Anda boleh gunakan Telegraphic Transfer atau nak lagi senang, gunakan saja khidmat agent.

6) Macam mana flow nak beli barang ni?

Pilih nak beli apa > bayar deposit > ambil resit dan tunggu barang dah ready untuk dihantar ke port Guangzhou > bayar balance & caj penghantaran > barang sampai port Guangzhou untuk pengumpulan dan inspection > hantar melalui kapal ke Port Klang dan seterusnya ke rumah anda

7) Caj penghantaran berapa? Kena bayar cukai kastam atau caj-caj lain? Bila barang boleh sampai?

Ni soalan popular, hahaha. Caj penghantaran murah je, RM390 per cubic meter (1m x 1m x 1m). Kalau sofa mungkin makan ruang 2 cubic meter. Caj ni dah termasuk cukai dan lori ke pintu rumah anda dah. (Ground floor sahaja ye)

Caj-caj lain ialah kos penghantaran dari Lecong ke Guangzhou. Ini bergantung kepada berat, saiz dan kuantiti. Kalau beli banyak mungkin mereka tak caj. Barang saya beli, kadar nya 80 – 500 yuan setiap satu.

Barang dijangka sampai dalam tempoh 3 minggu setelah keluar dari Guangzhou, tertakluk kepada kelancaran pemeriksaan kastam.

8) Macam mana saya nak pastikan barang saya dapat tu memang ikut apa saya nak? Takut beli lain tapi sampai lain pulak.

Senang je, dont worry. Anda dinasihatkan ambil khidmat inspection atau pemeriksaan barang di Guangzhou. Agent boleh tolong, caj 3% sahaja dari harga barang. Kalau tak sama spec macam yang dibeli mereka akan suruh supplier tukar. Semua barang dah ok baru diorang akan hantar ke Malaysia.

9) Tak takut kena tipu ke beli barang kat sana?

Untuk kurangkan risiko kena tipu tu lah kena guna khidmat inspection tu. Anyway, setuju kan kalau saya kata peniaga Malaysia atau China, dua-dua pun kita boleh menipu juga. Kan? Hehehe 😅

Terima kasih, semoga bermanfaat 😊

Sumber Artikel : Khalid Hamid @ Abang Lid

Berapa Lama untuk Bank Malaysia keluarkan Release Letter Settlement Pinjaman Kereta

Rata-rata Bank di Malaysia memerlukan 1-3 Hari untuk mengemaskini loan anda setelah pembayaran ‘settlement’ sebelum anda boleh tukar nama di JPJ.

Langkah 1 – Minta baki Pinjaman dengan Bank

Pi bank (hire purchase) dan tanya baki loan kereta anda. Bank akan call bank asal di mana anda ambik loan kereta tu. Bank akan confirmkan amount baki yang perlu anda bayar.

Contoh:- Baki setakat hari ni (18 Mei 2015 ) adalah berjumlah RM 30,335.07 jika settle hari ni. Kalau tanya amount berapa hari ni kemudaian settle lain hari, lain pula amount dia.

Step 2 – Bayar loan balance pakai cash atau cheque

Once sudah bayar, bank yg anda settle akan call home brach untuk bagitau yg anda dah settle loan kereta. Kalau settle pakai cash hari ini. InsyaAllah esok boleh tukar nama. Kalau pakai cheque, tunggu la at least 3 hari.

Step 3 – Hubungi Cawangan Bank yang Pinjaman Dibuat & Semak E-Batal

Call hire purchase dept home branch anda untuk semak sama ada diaorang dah buat e-Batal atau tidak?
Kalau dah buat e-Batal, Pi tukar nama kat JPJ. Settle

Cara Buat Air MILO Sedap Macam bancuhan MILO Lori

Masa kecik kecik dulu mesti teruja bila lori MILO datang sekolah kan? Bila dapat je berita tu sure budak-dudak dalam kelas tak berapa nak boleh bagi tumpuan sangat dah kat guru mengajar. Tunggu nak dengar pengumuman dari mikrofon kat sekolah minta pelajar keluar dari kelas beratur pergi ke lori milo yang datang.

So sekarang ni kami nak kongsikan di sini cara-cara nak buat air MILO sedap macam MILO lori yang datang ke sekolah dulu. Korang just kena follow je step kat bawah ni..

Mula-mula ambil satu gelas sedang besar atau mug.
Masukkan susu pekat satu sudu dan serbuk MILO 3 sudu.
Masukkan air panas, suku (1/4) mug atau sama peras dengan MILO tadi.
Kacau perlahan sehingga air panas tersebut menjadi suam.
Letak ais (air batu ) hingga penuh mug tadi.
Biarkan air batu mencair sampai tidak kelihatan satu ketulan air batu pun.
Biarkan beberapa minit. Tunggu dengan sabar.
Bila semuanya sudah cair. Nikmatilah rasa air MILO sebijik macam baru keluar dari MILO lori kat sekolah tu.

Selamat mencuba semua!

Cara Mencari Pengasuh Bayi yang Sesuai

Ok dah Viral kan sekarang kes pengasuh dera budak dan sebagainya,benda ni macam musim pulak, Lepastu isu ni hilang macam kena tiup angin.

Ok Mr.X nak share sikit tip untuk Mak dan Ayah yang tengah trauma atau takut-takut nak cari pengasuh tu, boleh tryla tips ni kalau dapat membantu.

Seorang pengasuh bekerja dari rumahnya sendiri. Oleh itu, anda perlu benar-benar berpuas hati dan yakin bahawa pengasuh yang anda pilih itu boleh anda percaya.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa seorang pengasuh itu benar-benar berupaya menjaga anak anda dengan selamat, tetapi pertama sekali anda perlu mencari seseorang yang sefahaman dengan anda. Sesetengah ibu bapa yang bekerja mendapati bahawa mereka dapat berkawan baik dengan pengasuh anak mereka kerana mereka mempunyai pandangan dan nilai-nilai yang sama berkenaan dengan penjagaan nak.

Carilah seseorang yang anda boleh percaya dan hormat

Jika anda mempunyai perasaan ragu-ragu, anak anda dapat merasainya dan dia mungkin menjadi resah, atau cuba memilih salah seorang daripada anda.

Bagaimana saya boleh tahu samada pengasuh yang saya suka itu mempunyai reputasi yang baik?

Seorang pengasuh yang bagus dan berpengalaman berupaya menarik ramai ibu bapa, dahulu dan sekarang, yang tidak teragak-agak memberi rujukan yang baik. Mintalah beberapa nombor ibu bapa yang pernah atau masih menghantar anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh tersebut dan berbuallah seketika dengan mereka. Melalui perbualan tersebut, anda boleh rasa samada pengasuh itu bagus ataupun tidak.

Gambaran pertama juga perlu diambil kira. Adakah anda selesa dengan individu ini?

Jika anak anda ada di situ, bagaimanakah reaksinya? Gunakan pertimbangan anda sendiri untuk menilai gerak hati anda dan dapatkan pandangan daripada ibu bapa lain.

Saya bimbang anak saya tidak akan dijaga sebaik mana anak-anak pengasuh itu sendiri. Bolehkah ini terjadi?

Penting bagi anda berpuas hati dan yakin bahawa anak-anak anda tidak akan dilayan dengan cara yang sangat berbeza daripada anak-anak pengasuh itu sendiri. Anda harus berbincang mengenai perkara ini apabila berjumpa dengan pengasuh itu. Pengasuh yang baik akan memikirkan bahawa perkara ini penting.

Anda harus terima hakikat bahawa sedikit kejanggalan akan berlaku di rumah pengasuh, sekurang-kurangnya untuk sementara sehingga anak anda sudah menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut. Tetapi anda seharusnya merasa yakin bahawa daripada hari pertama lagi anak anda akan menerima layanan yang sama dengan anak-anak pengasuh dalam isu-isu seperti disiplin, konflik, penyelesaian konflik dan perhatian.

Apakah soalan-soalan yang harus saya tanya apabila saya berjumpa dengan pengasuh?

Kebanyakan pengasuh mula mengambil upah menjaga anak ketika anak-anak mereka sendiri masih kecil. Kemahiran mereka sebagai penjaga biasanya diperolehi daripada pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, perlu bagi anda meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua sefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.

Berikut ialah beberapa soalan yang anda boleh tanya:

✔ Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?
✔ Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?
✔ Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?
✔ Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?

Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri. Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.

Apakah yang akan dilakukan oleh anak saya sepanjang hari?

Anda akan dapat mengagak apa yang anak anda akan lakukan di sana apabila anda melawat rumah pengasuh pada waktu siang. Anda seharusnya dapat melihat banyak barang mainan dan aktiviti yang berlaku di rumah itu. Jika anak anda sudah pandai bercakap, dia pasti mempunyai banyak perkara untuk diberitahu, dan anda akan lebih jelas mengenai apa yang berlaku di sana.

Walaupun penting untuk anda ingat bahawa pengasuh itu mungkin mempunyai anak-anak kecil serta kerja-kerja rumah untuk dilakukan, anda seharusnya rasa yakin bahawa anak-anak anda mempunyai peluang yang banyak untuk bermain di dalam dan di luar rumah.

Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang pengasuh?

Pertama sekali, seorang pengasuh itu perlulah benar-benar sukakan kanak-kanak. Tanyalah pengasuh itu apa yang mendorongnya melakukan tugas ini dan apa yang mereka paling seronok mengenainya.

Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual.

Ikhlas, Mr.X

Bagaimana Saya Berjaya Selesaikan Hutang Jahat Guna Teknik Bola Salji

Saya tahu teknik ini dari beberapa pakar kewangan seperti Zaidi Ismail, Suzardi Maulan (Pakdi) dan juga melalui research di internet tentang “Snow Ball Debt Settlement”.

Cabaran yang paling kuat adalah terpaksa menahan nafsu berbelanja. Selain itu juga menanggung emosi ketiadaan duit poket kerana setiap duit yang masuk akan keluar hampir 90% untuk selesaikan hutang.

Terus terang saya katakan amat perit untuk lakukan teknik ini. Kita harus ada keyakinan dan matlamat yang jelas. Jika tidak, tetap akan gagal dan terus dibelenggu hutang.

Alhamdulillah dengan melangsaikan hutang jahat, sekarang saya rasa lebih tenang dan mempunyai lebihan wang bulanan untuk melabur dalam hartanah, saham dan perniagaan, justeru menambahbaikkan profil kewangan saya.

Jadi saya nak kongsikan dengan anda semua pengalaman saya ini.

Tumpang bergambar di atas motosikal kawan sebentar

Cara Terbaik Menyelesaikan Hutang Jahat

Buat hutang pandai, tapi nak bayar cukup sayang duit kan? Tambah-tambah lagi dengan institusi kewangan.

Macam mana saya langsaikan 4 hutang dalam masa 1 tahun setengah daripada 6 “Hutang Jahat” dan bakal habiskannya dalam masa 1 tahun (insyaAllah) akan datang?

Jom kita lihat teknik yang semua orang tahu (rasanya lah) iaitu Snow Ball Debt Settlement.

Senaraikan hutang-hutang JAHAT anda terlebih dahulu.

Contoh seperti hutang-hutang saya:

1. Kereta: RM1,200/bulan (baki: RM65,000)
2. Kad Kredit A: RM500/bulan (baki: RM3,800)
3. Kad Kredit B : RM200/bulan (baki: RM1,400)
4. Pembiayaan Peribadi A: RM950/bulan (baki: RM17,650)
5. Pembiayaan Peribadi B: RM500/bulan (baki: RM10,000)
6. Pinjaman PTPTN: RM300/bulan (baki: RM45,000)

Disini dapat lihat jumlah overhead wajib setiap bulan adalah RM3,650 yang dibayar. Ini baru overhead hutang jahat, belum masuk overhead hutang baik (rumah/tanah/business) dan lain-lain bil lagi ya.

OK tak apa, kita tumpu yang ini saja dulu.

Ambil contoh gaji saya adalah RM5,000 sebulan. Angka ini hanyalah contoh saja. Jangan percaya. Saya kerja kuli saja.

Jadi, setiap bulan saya hanya ada RM1,350 sahaja baki untuk belanja isi rumah dan juga bayar bil lain. Kesian kan?

OK, macam mana nak habiskan hutang ni? Dah la tinggal sikit baki. Belum kira nak pergi makan tom yam, KFC dan beli lampin pakai buang.

Macam mana?

Apa yang saya buat adalah meletakkan bayaran bulanan yang lebih pada hutang yang tinggal sikit dahulu.

Seperti contoh di atas:

1. Kad Kredit A: RM500/bulan (baki: RM3,800)

Saya tambahkan RM200 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM700. Hutang ini akan selesai selama 6 bulan.

2. Kad Kredit B: RM200/bulan (baki: RM1,400)

Saya tambahkan RM300 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM500. Hutang ini akan selesai selama 3 bulan.

Jadi, pada bulan ketiga, saya sudah ada extra RM200 dan pada bulan ketujuh ada extra RM500.

RM500 itu ikut jumlah asal bayaran, jangan ambil kira penambahan tadi. Ini menjadikan baki gaji saya bertambah menjadi RM2,050 sebulan!

Kemudian langkah seterusnya saya ambil extra RM700 di atas tadi dan saya tambah pula di sini:

1. Pembiayaan Peribadi A: RM950/bulan (baki: RM11,950)

Saya ambil kira baki selepas 6 bulan dari mula buat teknik snow ball. Sebab kan saya ambil masa 6 bulan untuk habiskan hutang credit card tadi. Faham?

Tambahkan RM350 disini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM1,300. Hutang ini akan selesai selama 9 bulan.

2. Pembiayaan Peribadi B: RM500/bulan (baki: RM8,000)

Saya ambil kira baki selepas 6 bulan dari mula buat teknik snow ball. Sebab kan saya ambil masa 6 bulan untuk habiskan hutang credit card tadi. Faham?

Tambahkan RM350 disini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM1,300. Hutang ini akan selesai selama 9 bulan.

Jadi, pada bulan ke-15 setelah 6 bulan fasa pertama settle credit card, dan 9 bulan fasa kedua settle personal loan), saya sudah ada extra RM500 dan RM950.

Lagi sekali, anda mesti kira ikut jumlah asal bayaran, jangan ambil kira penambahan tadi dan ini menjadikan baki gaji saya bertambah menjadi RM3,500 sebulan! Ini bermakna mula bulan ke-15, saya ada RM3,500 sebulan.

Jadinya, hutang apa yang masih tinggal selepas kejadian di atas?

1. Kereta: RM1,200/bulan (baki: RM47,000)
2. PTPTN: RM300/bulan (baki: RM40,500)

Saya ambil kira baki selepas 15 bulan dari mula buat teknik snow ball. Sebab kan saya ambil masa 15 bulan untuk habiskan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi tadi. Faham?

Baki Gaji RM 3,500

Next step saya adalah melangsaikan hutang kereta dalam masa 1 tahun 2 bulan dan PTPTN dalam masa 12 bulan selepas hutang kereta selesai.

Macam mana pulak?

Sekarang kan saya dah ada extra RM2,000++ dari atas tadi selepas selesai hutang credit card dan personal loan?

Jadi, kiraannya akan jadi begini pula untuk hutang yang masih ada:

1. Kereta : RM1,200/bulan (baki: RM47,000)

Saya tambahkan RM2,000 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM3,200. Hutang ini akan selesai selama 14 bulan. Selepas selesai kereta, saya mempunyai baki gaji sebanyak RM4,700 sebulan!

2. PTPTN: RM 300/bulan (baki: RM42,800)

Selepas 14 bulan saya tambahkan RM3,200 di sini menjadikan tiap-tiap bulan saya bayar RM3,500. Hutang ini akan selesai selama 12 bulan.

Tetapi setelah berfikir panjang, saya rasa saya akan maintain saja pembayaran PTPTN itu RM300 dan saya akan guna baki gaji tadi untuk melabur dalam Saham Pasaran Hadapan dan berniaga ataupun pergi melancong.

Sekian cerita dari saya. Kiraan di atas mungkin ada ralat sikitlah tetapi itulah flow teknik Snow Ball. Pepandai lah anda kira.

Yang baik kita share. Yang tak baik kita block saja.

Sekian lagi sekali, inilah artikel pengalaman saya yang ingin saya kongsikan kepada pembaca.

Sumber Artikel : Enche Azam

Cara Mendapatkan Semula Sijil Peperiksaan yang Hilang

Sijil peperiksaan waktu di zaman persekolahan sebenarnya penting untuk pelbagai urusan, terutamanya sewaktu membuat permohonan kerja. Bagi sesetengah syarikat, salinan dokumen sijil-sijil peperiksaan ini penting sebagai salah satu keperluan untuk memohon kerja.

Sudah menjadi satu kebiasaan, kadang-kadang kita lupa dan alpa, sijil penting ini diletakkan merata-rata sehinggakan hilang. Dah kalau sijil peperiksaan hilang, macam mana cara untuk mendapatkannya semula?

Ikut langkah di bawah ini:

Buat Permohonan di Kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)

Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan

Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.

Tempoh masa dapatkan sijil

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja

Buat Permohonan melalui Pos

  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

Tempoh masa dapatkan sijil

  • Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

 

PENGARAH PEPERIKSAAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

Walau bagaimanapun, kalau korang nak salinan sijil UPSR dan PT3, korang perlu menghubungi pihak sekolah untuk urusan tersebut. Sebelum membuat permohonan, pastikan korang semak permohonan selengkapnya terlebih dulu bagi mengelakkan permohonan korang tu ‘pending.’