Cara Mencari Pengasuh Bayi yang Sesuai
Published by • Fesyen • July 10, 2018 1:49 am

Ok dah Viral kan sekarang kes pengasuh dera budak dan sebagainya,benda ni macam musim pulak, Lepastu isu ni hilang macam kena tiup angin.

Ok Mr.X nak share sikit tip untuk Mak dan Ayah yang tengah trauma atau takut-takut nak cari pengasuh tu, boleh tryla tips ni kalau dapat membantu.

Seorang pengasuh bekerja dari rumahnya sendiri. Oleh itu, anda perlu benar-benar berpuas hati dan yakin bahawa pengasuh yang anda pilih itu boleh anda percaya.

Ada beberapa tanda yang menunjukkan bahawa seorang pengasuh itu benar-benar berupaya menjaga anak anda dengan selamat, tetapi pertama sekali anda perlu mencari seseorang yang sefahaman dengan anda. Sesetengah ibu bapa yang bekerja mendapati bahawa mereka dapat berkawan baik dengan pengasuh anak mereka kerana mereka mempunyai pandangan dan nilai-nilai yang sama berkenaan dengan penjagaan nak.

Carilah seseorang yang anda boleh percaya dan hormat

Jika anda mempunyai perasaan ragu-ragu, anak anda dapat merasainya dan dia mungkin menjadi resah, atau cuba memilih salah seorang daripada anda.

Bagaimana saya boleh tahu samada pengasuh yang saya suka itu mempunyai reputasi yang baik?

Seorang pengasuh yang bagus dan berpengalaman berupaya menarik ramai ibu bapa, dahulu dan sekarang, yang tidak teragak-agak memberi rujukan yang baik. Mintalah beberapa nombor ibu bapa yang pernah atau masih menghantar anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh tersebut dan berbuallah seketika dengan mereka. Melalui perbualan tersebut, anda boleh rasa samada pengasuh itu bagus ataupun tidak.

Gambaran pertama juga perlu diambil kira. Adakah anda selesa dengan individu ini?

Jika anak anda ada di situ, bagaimanakah reaksinya? Gunakan pertimbangan anda sendiri untuk menilai gerak hati anda dan dapatkan pandangan daripada ibu bapa lain.

Saya bimbang anak saya tidak akan dijaga sebaik mana anak-anak pengasuh itu sendiri. Bolehkah ini terjadi?

Penting bagi anda berpuas hati dan yakin bahawa anak-anak anda tidak akan dilayan dengan cara yang sangat berbeza daripada anak-anak pengasuh itu sendiri. Anda harus berbincang mengenai perkara ini apabila berjumpa dengan pengasuh itu. Pengasuh yang baik akan memikirkan bahawa perkara ini penting.

Anda harus terima hakikat bahawa sedikit kejanggalan akan berlaku di rumah pengasuh, sekurang-kurangnya untuk sementara sehingga anak anda sudah menjadi sebahagian daripada keluarga tersebut. Tetapi anda seharusnya merasa yakin bahawa daripada hari pertama lagi anak anda akan menerima layanan yang sama dengan anak-anak pengasuh dalam isu-isu seperti disiplin, konflik, penyelesaian konflik dan perhatian.

Apakah soalan-soalan yang harus saya tanya apabila saya berjumpa dengan pengasuh?

Kebanyakan pengasuh mula mengambil upah menjaga anak ketika anak-anak mereka sendiri masih kecil. Kemahiran mereka sebagai penjaga biasanya diperolehi daripada pengalaman mereka sendiri. Oleh itu, perlu bagi anda meluangkan sedikit masa berbincang dengan bakal pengasuh mengenai pendekatan mereka terhadap sesetengah perkara supaya anda tahu bahawa anda berdua sefahaman mengenai isu-isu penting berkaitan penjagaan anak.

Berikut ialah beberapa soalan yang anda boleh tanya:

✔ Apakah pendekatan anda mengenai disiplin? Bagaimanakah cara anda mendisiplinkan kanak-kanak? Adakah umur kanak-kanak itu turut diambil kira? Apakah yang anda sifatkan sebagai kelakuan buruk?
✔ Apakah makanan kegemaran anda untuk disajikan kepada anak-anak? Apakah yang anda biasanya hidangkan kepada mereka? Berapa kerapkah anda membenarkan mereka makan snek, gula-gula dan kuih-muih yang manis?
✔ Bolehkah anda gambarkan satu hari yang biasa kepada saya?
✔ Apakah jenis aktiviti yang anda lakukan bersama-sama kanak-kanak ini? Bolehkah saya lihat beberapa contoh?

Jangan malu untuk bertanya. Sesetengah soalan kelihatan tidak penting, tetapi anda berhak untuk tahu bagaimana anak anda akan dilayan. Tidak ada jawapan yang betul atau salah, tetapi pengasuh yang baik ialah yang memberikan jawapan hampir sama dengan pendapat anda sendiri. Seorang pengasuh mempunyai pengaruh besar kepada anak-anak dalam jagaan mereka dan anda harus membuat lawatan seberapa kerap yang boleh, dan tanyalah soalan sehingga anda benar-benar puas hati.

Apakah yang akan dilakukan oleh anak saya sepanjang hari?

Anda akan dapat mengagak apa yang anak anda akan lakukan di sana apabila anda melawat rumah pengasuh pada waktu siang. Anda seharusnya dapat melihat banyak barang mainan dan aktiviti yang berlaku di rumah itu. Jika anak anda sudah pandai bercakap, dia pasti mempunyai banyak perkara untuk diberitahu, dan anda akan lebih jelas mengenai apa yang berlaku di sana.

Walaupun penting untuk anda ingat bahawa pengasuh itu mungkin mempunyai anak-anak kecil serta kerja-kerja rumah untuk dilakukan, anda seharusnya rasa yakin bahawa anak-anak anda mempunyai peluang yang banyak untuk bermain di dalam dan di luar rumah.

Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang pengasuh?

Pertama sekali, seorang pengasuh itu perlulah benar-benar sukakan kanak-kanak. Tanyalah pengasuh itu apa yang mendorongnya melakukan tugas ini dan apa yang mereka paling seronok mengenainya.

Seperti yang kita ketahui, menjaga kanak-kanak sepanjang hari adalah tugas yang meletihkan, dan ia harus dilakukan hanya oleh mereka yang komited pada setiap aspek perkembangan kanak-kanak termasuk emosi, sosial dan intelektual.

Ikhlas, Mr.X

Categorised in: ,

This post was written by MH