Kenali 4 Jenis Sakit Kepala Ini

Sakit kepala ada macam-macam jenis. Tapi tak ramai yang tahu sakit kepala yang macam mana.

sakit-kepala

Banyak perkara boleh jadi penyebab sakit kepala. Tapi tak ramai yang tahu sakit kepala yang mereka alami tu apa penyebabnya. Meh tengok sini korang selalu sakit kepala bahagian mana?

1. Tension Headache

Sakit kepala macam ni yang ramai orang alami. Masa sakit kepala ni, otot pada bahagian kepala akan menegang dan hantar sakit tu ke otak. Penglihatan akan jadi sedikit kurang disebabkan ketegangan otot tu.

2. Migrain Headache

Sakit kepala migrain pun ramai yang selalu kena. Migrain ni jadi bila ada pembuluh darah yang mengalami pembengkakan. Ini kerana badan kita terlalu stress, kurang tidur dan juga cara pemakanan yang tak baik.

3. Cluster Headache

Jarang orang kena cluster headache ni. Selalunya yang kena adalah mereka yang minum kafein dan alkohol. Contohnya jika korang berhenti minum kafein, jadi aliran darah korang akan diatasi kafein dan boleh menyebabkan seseorang sakit kepala.

4. Sinus Headache

Sakit kepala sinus ini disebabkan oleh pembengkakan, peradangan, ataupun infeksi di beberapa bahagian sinus kepala korang. Kalau korang demam pun boleh jadinya sakit kepala sinus ni. Kalau belum elok kena cepat jumpa doktor sebab takut cecair/sinus di kepala sudah bernanah dan sebagainya.

sakit-kepala-3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *