Cara Mendapatkan Semula Sijil Peperiksaan yang Hilang

Sijil peperiksaan waktu di zaman persekolahan sebenarnya penting untuk pelbagai urusan, terutamanya sewaktu membuat permohonan kerja. Bagi sesetengah syarikat, salinan dokumen sijil-sijil peperiksaan ini penting sebagai salah satu keperluan untuk memohon kerja.

Sudah menjadi satu kebiasaan, kadang-kadang kita lupa dan alpa, sijil penting ini diletakkan merata-rata sehinggakan hilang. Dah kalau sijil peperiksaan hilang, macam mana cara untuk mendapatkannya semula?

Ikut langkah di bawah ini:

Buat Permohonan di Kaunter Lembaga Peperiksaan, Putrajaya

Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96a yang boleh didapati di Kaunter Perkhidmatan Sijil Lembaga Peperiksaan (LP) di Aras Bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya ATAU memuat turun dengan KLIK DISINI : BORANG PERMOHONAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Pemohon yang hadir sendiri ke kaunter perlu menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti semasa membuat Permohonan Salinan Keputusan Peperiksaan.

Wakil yang dilantik perlu membawa bersama Surat Pelantikan Wakil yang ditandatangani oleh pemohon beserta salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan. (Untuk muat turun surat perlantikan boleh dapatkan di dalam borang permohonan keputusan peperiksaan)

Permohonan melalui orang perseorangan tanpa Surat Pelantikan Wakil, agen atau syarikat tertentu tidak dibenarkan

Bayaran proses sebanyak RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh sahaja) dikenakan bagi setiap salinan pernyataan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai di kaunter.

Sekiranya pemohon tidak dapat hadir, pemohon boleh melantik wakil secara bertulis yang terdiri dari ahli keluarga terdekat.

Tempoh masa dapatkan sijil

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 – satu (1) jam
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 – tujuh (7) hari bekerja
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 – satu (1) jam
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 – tujuh (7) hari bekerja
  • Lain-lain peperiksaan – tujuh (7) hari bekerja

Buat Permohonan melalui Pos

  • Borang permohonan LP/SIJIL/Pin 1/96a (seperti pemohon melalui kaunter LP)
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN bernilai RM 30.00. (Cek persendirian tidak diterima).

Tempoh masa dapatkan sijil

  • Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira hari perjalanan pos.
  • Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

 

PENGARAH PEPERIKSAAN

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 10, BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62604 PUTRAJAYA

Walau bagaimanapun, kalau korang nak salinan sijil UPSR dan PT3, korang perlu menghubungi pihak sekolah untuk urusan tersebut. Sebelum membuat permohonan, pastikan korang semak permohonan selengkapnya terlebih dulu bagi mengelakkan permohonan korang tu ‘pending.’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.