Tayar Berbunyi Bila Jalan, lihat Wheel Bearing Kereta anda

TAYAR KORANG BERBUNYI KUAT BILA BERGOLEK!! BAIK KORANG CHECK BEARING TAYAR KORANG!!!

KORANG DIY SENDIRI KAT RUMAH KORANG!!

Bunyi pada tayar jelas semasa kereta berjalan nie agak general dan banyak punca … Kalau ikut keterangan kamu tu saya juga suspek wheel bearing dah Kong rasanya…. Tapi itu adalah jangkaan awal belum tentu betul..

Masalah Tayar Berbunyi 
1) Cuba cek tayar sama tekanan udara tayar terlalu rendah atau terlalu keras, . permukaan tayar tidak sekata tayar tidak seimbang (perlu balancing) atau ada masalah pada rim bengkok/gelong

2) Mungkin ada sesuatu yang menyangkut dekat disc break kot? cek ball joint takut ada apa-apa yang silap kat situ bukan rosak, jangan tukar dulu..

3) Mungkin wheel bearing bermasalah .. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan wheel bearing rosak

– wheel bearing mungkin juga dah rosak bila langgar lubang atau memang dah lama bertahun-tahun tak berganti yang baru..

– Atau kereta tukar sportrim saiz lebih besar dari saiz asal….tetapi still pakai standart factory punya bearing.. mungkin jugak bering tu dah rosak… Sepatutnya tukar sport rim besar kena tukar juga bearing standart kepada heavy duty set bearing….. Ok maksudnya Andai kata korang nak gak tukar sport rim yang jauh lebih besar ( 16 inch…17 inch ) maka bearing asal kena tukar baik punya sebabnya bearing asal itu pastinya tidak mampu bertahan lama…

Camner nak tahu bearing tayar dah rosak 
dan patut kena tukar?

1) Tayar Hadapan = Jack depan angkat kereta tu… pastu 1 tangan pegang bahagian atas atas dan 1 tangan pegang bahahagian bawah tayar. Pegang Tayar pade Jam 3, 9 atau 6 ,12. Goyangkan Tayar ke kiri&kanan atau atas bawah. pastu goncang tayar atas bawah..klau rasa ada free play banyak bearing dah rosak..

2)Tayar Hadapan = Jack up depan bagi kedua-dua tayar tergantung pastu cuba pusing tayar guna sebelah tangan dan sebelah lagi tangan cuba pegang spring. Kalau bergegar spring tu maknanya dah masa utk ditukar la bearing tayar tu.
– Cuba dekatkan telinga dengan tayar pusing tayar laju-laju dengar ada bunyi tak..
-Skali lagi pusing tayar laju-laju tengok pusingan tayar tu ada gelong ke tak..

3)Tayar Belakang = Selalunya, wheel bearing tayar belakang selalu sangat rosak. Pastikan bearing sebelah mana yang bermasalah? Kadang- kala, bearing belakang yang rosak, bunyinya seperti dari bearing depan. kadang kala bearing kiri rosak bunyi macam sebelah kanan.. Selalunya mekanik akan turunkan brek tangan, neutralkan gear, jack naik-up kereta dan pusing setiap tayar dengan tangan untuk memastikan bering mana yang berbunyi.

Kalau wheel bearing belakang rosak atau dah longgar ia akan membuatkan tyre belakang “gelong” dan akan mengegarkan badan kereta. Selalunya mekanik akan jack up the rear wheel dan pegang bahagian atas dan bawah tayar dan cuba goyang perlahan-lahan dengan kuat. Kalau ia bergerak maka perlu tukar bearingnya.

_______________________________
Diy front Wheel Bearing Kereta
_______________________________
Ok kat sini saya cuba terangkan secara ringkas macam mana nak tukar Wheel Bearing hadapan kereta

1. Jack up kereta dan buka tayar keluar dulu.buka2 biji nut caliper di bahagian belakang caliper.
2. Tarik caliper disc keluar.. Pastu buka pula balljoint bolt pada bahagian bawah knuckle di hujung lower arm

3. Cabut pin nut driveshaft pastu buka nut driveshaft.. Pastu buka pin & nut tie rod end 
4. Buka 2 biji nat pada absorber.. Tarik knuckle supaya driveshaft terpisah dari lubang

5. Cungkil bawah knuckle yang untuk menanggalkan ball joint dari knuckle.. Pastu kalau nak senang ketuk dengan tukul untuk pisahkan ball joint dari knuckle
6. Knuckle yang telah dicabut keluar.. Pastu gunakan needlenose keluarkan ring dari permukaan bearing.

7. Letakan knuckle pada press plates . Alas socket yang agak-agak fit diatasnya untuk keluarkan bearing wheel didalamnya..

8. Pada bahagian part ni pun sama cabut dan keluarkan bearing 
9. Cleaned up the parts bersi-bersih.. Pastu spray of lube pada part tersebut..

10. Sapu greese pada bearing wheel yang baru tersebut dulu

11. Sekali lagi letakan knuckle pada press plates . Alas socket yang agak-agak fit diatasnya untuk masukkan balik semula bearing wheel yang di lumur greese didalamnya.. Press perlahan-lahan sampai masuk habis

12. Bila dah Pressing complete, pasang balik ring groove yang baru pada bearing

13. Dah siap semua pasang knuckle pada driveshaft semula.. Kemudian pasang disc, caliper, ball joint, absorber dan tie rod end

14. Setelah siap kesemua part dipasang pastu pasang pin nut driveshaft dan akhir pasang sport rim kembaliā€¦ Selesai

Leave a Reply