Kiraan Zakat Untuk Pencarum ASB Biasa & ASB Financing

Tahu tak, setiap caruman di Amanah Saham Nasional (ASB) wajib dizakatkan kerana ianya termasuk dalam Zakat Wang Simpanan.

Perihal lanjut bergantung kepada kategori anda sebagai pencarum;

ASB Biasa

Pelaburan ini dibuat menggunakan wang sendiri sebagai modal caruman.

Untuk situasi ini, pengiraan zakat adalah berkadar langsung dengan jumlah pelaburan dan keseluruhan keuntungan (dividen, bonus dan pendapatan ASB) yang diperolehi. Formula kiraan seperti berikut;

[Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan + Keuntungan] x 2.5% (Kadar Zakat)

Mari kita ambil contoh mudah;

RM 100,000 (Baki Akhir Tahun Modal Pelaburan) + RM 7,000 (Dividen + Bonus + Pendapatan Keseluruhan 7%) = RM 107,000 x 2.5% = RM 2,675.00 (Kadar Zakat yang Dikenakan)

ASB Financing

Pelaburan melalui ASB Financing adalah pelaburan yang dibuat dengan fasiliti pembiayaan ASB menerusi pihak bank. Senang cerita, buat loan bank untuk dijadikan modal pelaburan ASB.

Untuk situasi ini, pengiraan zakat hanya dikenakan ke atas dividen atau keuntungan yang diperolehi sahaja. Formula kiraan adalah seperti berikut:

Dividen / Pendapatan ASB x 2.5%

Contoh kaedah kiraan seterusnya cuba meraikan beberapa bentuk kaedah pelaburan yang lazimnya diamalkan oleh para pelabur ASB yang menggunakan fasiliti pembiayaan ASB.

Kes 1 (Compound ):

Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi TIDAK DIGUNAKAN untuk membuat pembayaran semula pembiayaan.

Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan] Dividen/ Pendapatan ASB 2018 7% dari RM 200,000 = RM 14,000
= RM 14,000 x 2.5%
= RM 350.00 (kadar zakat yang dikenakan)

Contoh (ii):
Modal Pelaburan RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan] Dividen/ Pendapatan ASB 2018 7% dari RM 50,000 = RM 3,500
= RM 3,500 x 2.5%
= RM 87.50 (kadar zakat yang dikenakan)

Dalam contoh (ii), nilai dividen yang diperolehi tidak melebihi nisab tahunan zakat pada tahun 2018 iaitu RM 13,907.70. Mengapa dikenakan zakat juga? Hal ini memerlukan sedikit perincian. Dalam contoh (ii) di atas, pendapatan dari ASB itu dicampurkan dengan kesemua pemilikan harta wang simpanan individu yang telah cukup haulnya untuk dizakatkan. Maka kecukupan nisab dikira secara relatif dengan dicampurkan lain-lain wang simpanan yang berada di bawah pemilikan individu terbabit.

Namun, jika individu yang terbabit tidak mempunyai jumlah wang simpanan lain yang cukup haul dan sedia dizakatkan, maka zakat TIDAK DIKENAKAN ke atas dividen/pendapatan ASB yang tidak mencukupi nisab itu tadi.

Kes 2 (Rolling):

Dividen/Pendapatan ASB yang diperolehi DIGUNAKAN bagi membuat pembayaran semula pembiayaan.

Dalam kes ini, zakat hanya akan dikenakan ke atas baki atau lebihan dividen/pendapatan ASB yang masih ada selepas ditolak jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Contoh (i):
Modal Pelaburan Maksimum RM 200,000 [dalam bentuk sijil pelaburan] Dividen/ Pendapatan ASB 2018 7% dari RM 200,000 = RM 14,000
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama maksimum 30 tahun)
= RM 1,099 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 13,188
= RM 14,000 (dividen/pendapatan ASB) – RM 13,188 (bayaran semula pembiayaan)
= RM 812
= RM 812 x 2.5%
= RM 20.30 (kadar zakat yang dikenakan)

Justeru, zakat yang dikenakan adalah RM 20.30. Situasi kenaan zakat ini adalah sama seperti contoh (ii) dalam Kes 1 di atas.

Contoh (ii):
Modal Pelaburan Maksimum RM 50,000 [dalam bentuk sijil pelaburan]
Dividen @ Pendapatan ASB 2018 + Bonus ASB iaitu 7% = RM 3,500
Jumlah pembayaran semula pembiayaan selama setahun (dikira berdasarkan tempoh ansuran bulanan pembiayaan pelaburan ASB selama 15 tahun)
= RM 401 (sebulan) x 12 (bulan) = RM 4,812
= RM 3,500 (dividen/pendapatan ASB) – RM 4,812 (bayaran semula pembiayaan)
= (-) RM 1,312

Oleh kerana, bayaran semula pembiayaan melebihi jumlah dividen yang diterima, maka TIDAK ADA ZAKAT dikenakan. Juga tidak dikenakan zakat jika jumlah dividen menyamai jumlah pembayaran semula pembiayaan.

Rumit kan kiraan dia?
Kalau kurang faham dan nak kepastian, boleh terus call talian bebas tol kami di 1-800-88-1740 atau boleh terus buat bayaran di http://jom.zakatkedah.com.my kalau hampa dah faham elok.

Rawatan Masalah Batuk dan Selsema menggunakan Susu Kunyit

Susu kunyit sangat bagus untuk menghilangkan batuk, selesema atau penyakit yang melibatkan saluran pernafasan seperti asthma.  Ianya juga sangat baik untuk pencernaan. Kami nak berkongsi dengan anda resipi susu kunyit yang boleh diamalkan untuk seisi keluarga. Resipi ini telah dikongsikan oleh Sue Bertley di laman Facebook miliknya.

Hujan, sejuk malam ni, dah mula musim demam beramai- ramai pula. Sejak suami kena stroke di usia muda, saya kena rajinlah buat home remedy untuk dia.

Maka, malam ni mula lagi buat susu kunyit. Susu kunyit, cara traditional melawan batuk, selesema atau penyakit biasa/ringan melibatkan saluran pernafasan.

Susu kunyit juga membantu pencernaan. Biasa kami minum sebelum tidur, sangat membantu suami, pesakit stroke untuk tidur lebih lena dan tidak mudah demam selesema.

Bagus juga untuk joint, arthritis, almaklum mudah sakit badan, pinggang juga. Kawan- kawan boleh Google lagi kebaikan Turmeric Milk ni.

Bahan- bahan:

2 cawan susu (susu segar, susu tepung )
2 isi kunyit lebih kurang size ibu jari, dibersih, ditumbuk dalam lesung batu dan perah jusnya.
Sedikit air
Secubit dua serbuk Lada Hitam
Sedikit madu asli (jika mahu)Kalau rajin, buatlah untuk diri sendiri dan keluarga ye. Sangat bagus untuk kesihatan dalaman.
Cara buat:

Didihkan sedikit air dalam periuk (untuk elak susu hangit).
Kecilkan api dan masukkan susu.
Kemudian masukkan lada hitam, serta jus kunyit.
Kacau hingga sebati, beberapa minit hingga susu mula berbuih kecil.
Tutup api dan buat ala susu tarik.
Dah suam, boleh masukkan sedikit madu dan minum.
Moga sehat walafiat semua, tak mahu demam ye.
Tambahan: kami minum 1-2kali saja seminggu.
Kalau kena demam, kami amal 2 hari berturut. Normally hari ke-3 dah sihat semula.

 

Sumber dari Facebook Sue Bertley

Petua Untuk Wujudkan Keluarga Bahagia

  1. SOLAT awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
  2. Wujudkan ta’lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta’lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis-hadis. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
  3. Wujudkan tiga waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual. Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
  4. Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
  5. Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
  6. Banyakkan menyebut “ya arhamar rahimin” (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu – penyayang dan pengasih.
  7. Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
  8. Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
  9. Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
  10. Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah SAW sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
  11. Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada tiga: Tempat tinggal, Makanan dan Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
  12. Rasulullah SAW tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
  13. Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja “kotor” sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati –  “Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata.” 😭
  14. Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak, kene SABAR. Betulkan diri sendiri dulu. Kadang-kadang kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul-betul yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
  15. Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
  16. Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
  17. Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
  18. Rasulullah SAW tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
  19. Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
  20. Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
  21. Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
  22. Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
  23. Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
  24. Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
  25. Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
  26. Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
  27. Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
  28. Seorang suami perlu ada sifat “ghirrah”. (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
  29. Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:  Surah At-Taubah, ayat 128-129.  Ini doa favourite Rasulullah SAW.
  30. Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:  Surah Ibrahim, ayat 40.
  31. Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:  Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
  32. Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat: Surah Maryam, ayat 1-10.

Credit: Viral Media Johor

Cara Mohon Insentif Kahwin RM1,000 Buat Rakyat Selangor

Rakyat Selangor merupakan antara yang paling bertuah kerana banyak manfaat ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Antara yang terbaru adalah pasangan yang baru berkahwin berpeluang untuk menerima hadiah perkahwinan dalam bentuk wang tunai daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Permohonan ini tertakluk kepada syarat-syarat di bawah ini.

Syarat-syarat Memohon Insentif Kahwin Bagi Mereka yang Berminat

1. Warganegara Malaysia

2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;

3. Lahir di luar Negeri Selangor DAN
Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlukan pengesahan)

4. Berumur 35 tahun ke bawah sewaktu permohonan dibuat.

5. Perkahwinan kali pertama sahaja

6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh perkahwinan

7. Tarikh tutup pendaftaran dan penghantaran dokumen dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh nikah/tarikh perkahwinan

8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman rasmi YAWAS.

Peraturan Baru AirAsia 2018 Terhadap Penggunaan PowerBank dalam Pesawat

Terkini tular di media sosial mengenai satu memo daripada pihak AirAsia menyatakan larangan penggunaan Powerbank untuk semua penerbangan.

Terkandung dalam memo tersebut juga menyatakan penumpang tidak dibenarkan membawa Powerbank berkapasiti melebihi 20,000mAh serta dikehendaki mengambil langkah tambahan termasuk memisahkan dan menutup terminal yang terdedah, serta memisahkan bateri dengan beg pelindungnya.

Sekiranya anda bakal terbang dengan AirAsia, usah risau, kerana penumpang masih lagi dibenarkan menggunakan Powerbank ketika penerbangan.

Ya, masih boleh bawa Powerbank

Ini berikutan pihak AirAsia sudah pun mengeluarkan satu lagi kenyataan terbaru mengesahkan bahawa peraturan tersebut sudah ditarik semula.

Ringkasnya, tidak ada sebarang larangan untuk menggunakan Powerbank buat masa ini dan anda boleh cas telefon atau tablet ketika penerbangan.

Syarat bawa Powerbank menaiki Pesawat

Dan seperti biasa, penumpang masih lagi terikat dengan peraturan ini.

  1. Penumpang perlu membawa naik Powerbank tersebut bersama ke atas kapal
  2. Penumpang tidak dibenarkan meninggalkannya di dalam bagasi yang didaftar masuk

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada AirAsia bakal menguatkuasakan peraturan ini semula pada masa hadapan.

Larangan penggunaan Powerbank ini bukanlah satu perkara baru dalam industri penerbangan. Sebagai contoh, di China kebanyakan syarikat penerbangan melarang sepenuhnya penggunaan Powerbank ketika penerbangan dan mereka juga mengenakan had kapasiti, sebagai contoh maksima 20,000mAh untuk Powerbank yang dibawa naik ke atas kapal terbang.

Sumber : PlacesAndFoods

Cara Jaga Kereta dengan Gearbox Transmisi CVT

Memandu sebuah kenderaan dengan transmisi CVT adalah berbeza berbanding transmisi automatik biasa. Oleh kerana ia tiada gear, penukaran kelajuan amat lancar dan menjimatkan minyak berbanding transmisi tradisional.

Kereta moden kebanyakannya telah pun dilengkapi dengan transmisi CVT. Namun begitu, tidak ramai pengguna yang arif berkenaan penjagaan terhadap transmisi jenis CVT ini. Penggunaan yang salah (dan kasar) akan menyebabkan anda menyumpah seranah pengeluar dan penjual padahal ia adalah disebabkan kenaifan diri sendiri.

Berikut adalah tips penjagaan transmisi CVT yang kami petik yang telah ditulis oleh Drex Chan, Pengarah Eksekutif dari EA Autoworks yang perlu kita tahu.

1. Ketika mula bergerak

– Kebanyakan antara kita memang mempunyai masalah kaki kanan yang berat. 0.3 saat sebelum lampu bertukar hijau, maka pedal to the metal. Jangan. Ketika memulakan perjalanan, biarkan kenderaan maju ke hadapan tanpa menekan minyak dan anda boleh perlahan-lahan menambahkan kelajuan. Elakkan keadaan full throttle ketika mula bergerak.

– Selepas membayar tol, kita selalunya mahu berdesup dan mengalahkan Perodua Myvi yang memotong kita secara merbahaya tadi, maka kita pun memecut secara kasar. Pecutan secara kasar ini sebenarnya boleh merosakkan transmisi CVT. Seharusnya kita tenang, dan tingkatkan kelajuan anda secara berperingkat.

2. Ketika bergerak di dalam kesesakan

– Biarkan transmisi CVT yang bekerja di dalam kesesakan. Anda tidak perlukan pendikit minyak untuk maju ke hadapan.

3. Ketika mula mendaki kawasan cerun

– Selalu menggunakan brek parking (brek tangan) ketika sedang berhenti di kawasan cerun. Brek parking merupakan perkara yang terakhir sekali yang anda perlu lepaskan selepas pedal brek dilepaskan dan pendikit minyak ditekan.

4. Sebelum menghentikan kereta

– Bagi pengguna yang kurang sabar, mereka didapati akan menukar posisi gear dari D ke R (dan sebaliknya) tanpa menunggu kereta berhenti sepenuhnya atau kadar penukaran itu dilakukan terlalu pantas. Keadaan ini boleh merosakkan transmisi sekiranya selalu dilakukan. Sebaiknya, biarkan kereta berhenti sepenuhnya, baharulah kita menukar kepada gear yang diingini.

Perkara yang perlu dielakkan oleh pemilik kereta bertransmisi CVT adalah seperti berikut:-

1. Menggunakan mod shiftronic ketika sedang full throttle atau enjin berkelajuan tinggi.
2. Menukar posisi gear dari D (Drive) ke neutral ketika sedang menuruni bukit. Sentiasa mengekalkan posisi gear D supaya anda boleh membrek dengan bantuan enjin (engine braking).
3. Melakukan imbangan on-wheel dalam keadaan gear Neutral tanpa menghidupkan enjin.
4. Menunda kereta dalam keadaan mengundur.
5. Tidak melakukan adaptasi klac berkala (periodic clutch adaptation). Anda boleh melakukan sendiri sekiranya anda mahir. Jika tidak, sila rujuk kepada pakar perihal ini.
6. Tidak menukar bendalir transmisi dan penapis bendalir mengikut kadar masa yang ditetapkan.
7. Menggunakan bendalir transmisi yang tidak bersesuaian dengan ketetapan pengeluar.
8. Terkurang mengisi bendalir transmisi juga mampu merosakkan transmisi kerana peranan bendalir ni amat penting bagi memastikan kelancaran pergerakan. Pastikan mekanik/pusat servis merekod item ini ketika melakukan servis berkala.

Sebagai pengguna, kita hendaklah sentiasa merujuk kepada buku manual berkenaan masa menukar bendalir transmisi dan penapis bendalir supaya dapat menjaga ketahanan transmisi. Setiap pengeluar mempunyai ketetapan tersendiri bagi memastikan sistem transmisi mereka mampu berjalan dengan baik.

Pastikan anda membaca buku panduan kereta sebelum mula memandu buat kali pertama supaya anda faham apakah keperluan sebenar kenderaan anda. Walaupun kereta ialah sebuah mesin buatan manusia, namun mesin juga mempunyai keperluan tersendiri. Andai mesin ini merajuk, anda sudah tentu ketiadaan kenderaan untuk ke sana sini di samping mencederakan dompet anda dengan lebih parah sekiranya keperluan mereka tidak dijaga rapi.

Cara Tukar Kereta Setiap 5 Tahun Sambil Dapat Menabung Lagi

Past semua orang ada cita-cita macam ni. Betul kan? Sebelum saya kongsikan idea ni, disclaimer dulu, ianya adalah idea olahan dangubahan mengikut kefahaman penulis. Kalau ianya sesuai dengan kapabiliti kewangan anda, boleh amalkan, kalau tak, abaikan @ olah mengikut kesesuaian.

INI KERETA ANDA
————————
50k (tanpa deposit)
3% interest p.a
Pinjaman tempoh 5 tahun
Instalment 900 sebulan

Mohon & Commit ASB financing sama monthly macam kereta. Tujuannya ialah untuk kekalkan konsistensi simpanan tanpa tambah komitmen. Apply awal setahun.

INI ASB ANDA
——————
Dengan komitmen sama,
ASBF boleh mohon 160k
Tempoh 30 tahun
Instalment 863

Kaedahnya – gunakan dividen [email protected] – 11,600 untuk annual payment kereta 10,800

*Extra bole guna serve roadtax tahunan. Hilang komitmen kau kat bende alah ni kan?

Jadi komitmen sepatutnya
ASB 863 + keteta 900 = 1763
Tapi hanya serve 863 untuk ASB.
Dividen ASB bayar kereta.

Kita ambil kereta devalue 10% yearly. Jadi lepas 5thn kereta tinggal 29k. Jual kereta lepas habis bayar dan apply loan jumlah yg sama spt kereta sblmnya 50k.
Jadikan 29k tadi sebagai DP dan loan 50k.
50k+29k = harga kereta 80k > belila kereta baru 😏

Monthly pinjaman kereta tak berubah masih 900. So komitmen hanya diserve menggunakan dividen ASB tadi. Dengan kaedah ni, komitmen sepatutnya pun berkurang sikit. Yelah, sepatut kene keluar duit 900 tiap bulan, tinggal 863 je.

Jadi setiap 5 tahun kita dapat menikmati peningkatan slightly standard kereta dan tak perlu pening fikir masalah kereta. Sebab setiap pembelian kereta yang dibeli akan devalue dari nilai kereta yg semakin mahal yang dibeli. (Biasanya kereta start meragam lepas 5 tahun).

Jadi komitmen tetap sama walaupun kita tukar kereta baru setiap 5 tahun yang harga lebih tinggi.

Dalam masa yg sama ASB tadi walaupun nmpk macam takda, tapi sebenarnya, ia dah bantu untuk bayar kereta (dividen) dan simpanan (prinsipal).

Contoh lepas 2 kali upgrade kereta, ade plan perlukan cash (untuk deposit rumah) jual ASB dan ada prinsipal 30k + 12k dividen last.

Ada 42k cash, kawan kau yang pakai kereta mahal sebelah rumah tu ada 42k? 😝

Credit: Hafizhazmi

Cara Orang Cina Tukar Kereta Setiap 5 Tahun Tanpa Ubah Komitmen Bulanan

Kalau boleh semua orang tidak mahu pakai kereta untuk tempoh yang lama dek kerana 4 musabab utama ini :-

kos maintenance yang meningkat
keselesaan kereta
standard keselamatan
upgrade kereta (jenama/CC/saiz)

Tapi bagaimana nak atasi semua diatas ni tanpa keluar kos tambahan seperti instalment yang meningkat dan deposit setiap kali beli kereta baru?

Cuba fahamkan cara dan kaedah dibawah. Contoh kereta pertama ialah VIVA 35k tanpa deposit.

1. Kereta pertama dibeli dengan tempoh pinjaman 5 tahun dengan instalment bulanan 630 dengan interest rate e.g 3%

2. Ambil susut nilai kereta 10% setiap tahun. Selepas 5 tahun digunakan,nilai kereta tinggal 22k. Biasanya pada masa ini kereta sudah mula menunjukkan masalah dan major service perlu dibuat. Ianya mungkin melibatkan kos yang banyak

3. Jual kereta dengan value terakhir 22k atau tolak dengan car dealer 20k contohnya. 20k dalam tangan tanpa apa2 baki hutang sebab pinjaman hanya 5 tahun

4. Gunakan cash yang ada tadi untuk deposit dan pinjam jumlah yang sama untuk beli kereta baru. Jadi harga kereta baru ialah 30k(pinjaman) + 20k(deposit)= 50k. Boleh beli kereta besar sikit e.g Proton Pesona

5. Jadi instalment bulanan kekal sama tapi kini boleh miliki kereta yang berharga lebih tinggi dari pertama tadi. Secara tak langsung standard kereta dah naik setiap kali langkah ini dibuat.

ProduaViva ↗
ProtonPesona ↗
HondaCity ↗
ToyotaCamry

6. Jadi ulang langkah ini setiap tahun. Maksudnya dengan ini kita boleh nikmati kereta baru setiap 5 tahun tanpa perlu risau kereta bermasalah.

Disclaimer : Mungkin ada yang persoalkan sampai bila nk bayar pinjaman? Kalau xbuat sebegini, semua orang tetap akan beli kereta baru jugak sebab itu lumrah manusia yang tidak mahu downgrade.Siap jual kene topup bayar outstanding lagi. Seperti biasa, ini adalah teori, kalau rasa ianya boleh dilaksanakan, buat, kalau tidak abaikan sahaja.

Dari FB : hafiz hazmi

Cara Semak dan Tuntut Wang Yang Tak Dituntut (WTD)

Sehingga 30 Jun 2017 sebanyak RM5.779 bilion wang tak dituntut (WTD) masih dalam simpanan Bahagian WTD, Jabatan Akauntan Negara selaku pemegang amanah. WTD merupakan wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh tertentu, seperti ditetapkan dalam Akta Wang Tak Dituntut 1965

Cara Semak dan Tuntut Wang Tak Dituntut (WTD)

1. Sila hadirkan diri ke kaunter Pejabat Pendaftar WTD di Tingkat 42, Menara Maybank Kuala Lumpur atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan kediaman anda. anda. Sila klik di sini untuk mengetahui lokasi Jabatan Akauntan Negara di seluruh Malaysia

2. Bawa Kad pengenalan diri/MyKad anda dan serahkan di kaunter. Pegawai yang bertugas akan menyemak sama ada anda mempunyai Wang Tak Dituntut atau tidak.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika anda mempunyai WTD, sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk salinan MyKad, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) untuk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

*PENTING

Semakan WTD tidak ada tarikh luput.
Pendaftar WTD tidak pernah melantik mana-mana individu/firma/syarikat sebagai orang tengah atau ejen untuk tuntutan WTD.

Untuk maklumat lanjut berkaitan WTD anda boleh ke Portal Rasmi JANM (Wang Tak Dituntut)

Untuk Panduan Permohonan Bayaran Balik Wang Tak DItuntut klik DI SINI